KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan beberapa perkhidmatan tren penumpangnya terjejas berikutan banjir dan hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak semalam.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, beberapa operasi perkhidmatan itu terjejas terutamanya membabitkan sektor Pantai Timur dan Lembah Klang.
“Hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan beberapa operasi tren terjejas di sektor Pantai Timur dan Lembah Klang. Oleh itu, kami terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad petang.
Justeru pihak KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami ketika ini.
Malah jelas beliau lagi, hujan berserta angin kuat telah menyebabkan kerosakan infrastruktur milik KTMB lantas menyebabkan tren tidak dapat beroperasi seperti biasa.
“Angin kuat telah menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan alat talian atas, landasan juga ditenggelami air di beberapa tempat yang menyebabkan kelewatan serta pembatalan tren," jelasnya.
Berikut adalah status terkini operasi tren KTMB:
KTM KOMUTER (Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang) Tren dari KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya. Tren ini akan berpatah balik ke KL Sentral.
Tiada perkhidmatan dari Stesen Batu Tiga menuju ke Stesen Pelabuhan Klang dan sebaliknya berikutan banjir dan tanah mendap di antara Padang Jawa dan Shah Alam.
ETS:
Semua perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.
KTM INTERCITY:
a) Ekspres Rakyat Timuran Perkhidmatan tren No. 26 dan 27 laluan Kempas Baru akan beroperasi seperti biasa.
b) Shuttle Timuran Perkhidmatan Shuttle Timuran untuk semua laluan akan beroperasi seperti biasa.
SKYPARK LINK:
Perkhidmatan ini beroperasi seperti biasa.
KTM KARGO:
Semua tren kargo dari Pelabuhan Klang akan digantung sementara sehingga paras air di Stesen Batu Tiga kembali surut dan landasan di sektor Padang Jawa dan Shah Alam kembali pulih.
Para penumpang yang terjejas boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan melalui e-wallet KITS atau di kaunter mengikut terma dan syarat.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari Facebook rasmi KTMB.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Dec 19 2021
KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami ketika ini.
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Wanita boleh mainkan peranan penting dalam pemuliharaan Imbak Canyon
Baru-baru ini, 12 wanita menghabiskan masa dua minggu dalam hutan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon untuk menjalankan ekspedisi saintifik.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Penutupan satu-satunya PPS itu dimaklumkan Pegawai Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Banjir: Satu PPS dibuka di Perak
Semua mangsa dari Kampung Klah Baru yang terjejas banjir itu ditempatkan di PPS berkenaan sejak 12 tengah malam tadi.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah
Fadillah berkata antaranya membabitkan RTB Alor Gajah Fasa 1 di Kampung Tebat di sini, melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Banjir di Raub, Lipis pulih sepenuhnya
Banjir di daerah Raub dan Lipis pulih sepenuhnya selepas lapan PPS yang menempatkan 441 mangsa daripada 127 keluarga ditutup hari ini.
Lebih 4,000 pesawah MADA terkesan banjir terima bantuan ihsan PM
Seramai 4,233 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang terjejas akibat banjir pada September lepas menerima sumbangan ihsan Perdana Menteri berjumlah RM4.23 juta.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihati agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat pihak berkuasa tempatan.