KUCHING: Syarikat tenaga bersih di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) berminat untuk melabur dalam industri tenaga hijau khususnya solar di Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti Murum, yang terletak di wilayah tengah Sarawak sebagai kawasan projek bagi inisiatif tenaga hijau itu yang melibatkan anggaran tenaga 1,000 megawatt.
"Ini adalah satu pelaburan yang besar. Ini bermakna kita ada nilai tambah dari sudut pengeluaran tenaga hijau," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini.
Menurutnya projek jangka panjang itu akan menggunakan pendekatan dua teknologi iaitu tenaga solar dan pertanian moden seperti yang diamalkan di Sharjah, UAE.
Abang Johari berkata model berkenaan sekali gus akan memberi impak positif bukan sahaja kepada sektor tenaga hijau, malah keterjaminan makanan.
"Ini berikutan solar pada masa ini bukan sahaja terapung, malah boleh dibuat solar ternaik, maknanya atas tanah, dan di bawah solar itu boleh dibangunkan industri makanan.
"Ini adalah dua gabungan dan saya nampak Masdar sangat berminat. Inilah sebab ia sudah melaksanakan satu pendekatan ini di Sharjah, dengan mereka membangunkan solar, dan di bawahnya tanaman. Oleh itu, tenaga digunakan untuk pengeluaran makanan," katanya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) Sarawak dan Sarawak Energy Bhd (SEB) akan membuka pejabat di Abu Dhabi untuk meningkatkan kerjasama antara UAE dan Sarawak dalam industri tenaga dan gas.
"Ini juga akan menjadi libat urus dengan Mubadala Investment Company, kerana selain Masdar kita turut mempunyai syarikat Mubadala yang akan bekerjasama dengan Petros dan Petronas dalam membangunkan industri minyak dan gas," katanya.
Dalam perutusan Gawai Dayak semalam, Abang Johari berkata Sarawak berhasrat untuk memperluas peluang kerjasama dengan negara Arab dalam industri tenaga hijau.
Kira-kira 7,000 tetamu menghadiri Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak anjuran pemimpin Dayak Sarawak yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Abang Johari berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti Murum sebagai kawasan projek bagi inisiatif tenaga hijau itu yang melibatkan anggaran tenaga 1,000 megawatt. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).