Masalah gangguan bekalan air yang melanda Lembah Klang sejak dua minggu lepas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Khamis depan.
Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Datuk Ruslan Hassan berkata gangguan yang melibatkan lebih 27,000 akaun itu dapat diatasi selepas kerja pemasangan paip pintasan dari Kolam Air Dusun Kubong ke Kolam Sedut AU3 Baru dan AU3 Lama dilaksanakan sejak Khamis lepas.
"Pintasan dijalankan serta-merta selepas mendapat kelulusan daripada SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan kita menjalankan kerja siang dan malam. Dan ia akan siap Ahad ini atau selewat-lewatnya pagi Isnin.
"Apabila siap (pintasan), SYABAS menjangkakan masalah air ini akan selesai pada hari Rabu atau selewat-lewatnya Khamis," katanya kepada pemberita pada program sumbangan air minuman di Flat Sri Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata gangguan bekalan air sebelum ini disebabkan pengurangan kadar pengepaman air dari Rumah Pam Wangsa Maju sebanyak 30 juta liter sehari (JLH).
Ruslan berkata sistem pam Wangsa Maju beroperasi pada tahap yang dihadkan iaitu 180 JLH berbanding kadar pam sebelum ini iaitu 210 JLH bagi mengelakkan kerosakan akibat lebih bebanan.
Bagaimanapun, beliau berkata projek pintasan itu hanya penyelesaian jangka pendek dan bagi memastikan masalah seumpama itu tidak berulang, sebuah Rumah Pam bersebelahan Rumah Pam Wangsa Maju akan dibina dengan kapasiti sebanyak 120 JLH.
Bernama
Fri Jan 11 2013
![Masalah ganguan bekalan air pulih Khamis depan Masalah ganguan bekalan air pulih Khamis depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51357907669_120x90.jpg)
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723735401_SingapuraFilipina.jpg)
Singapura, Filipina tandatangani MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
MoU itu antara lain membolehkan pertukaran amalan terbaik dan pengetahuan untuk pembangunan pasaran karbon berintegriti tinggi.
![Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723735226_PATIMaritim.jpg)
Imigresen Indonesia kenal pasti laluan penyeludupan utama pekerja migran
Direktorat Jeneral Imigresen membongkar beberapa cara yang sering digunakan pekerja untuk mengelak daripada mengikuti prosedur undang-undang.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Masalah ganguan bekalan air pulih Khamis depan Masalah ganguan bekalan air pulih Khamis depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51357907669_120x90.jpg)
Masalah ganguan bekalan air pulih Khamis depan
Masalah gangguan bekalan air yang melanda Lembah Klang sejak dua minggu lepas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya Khamis depan.