PUTRAJAYA: Asia Tenggara akan kekal menjadi wilayah penting bagi Australia kata Menteri Luar Australia Penny Wong, yang turut menekankan komitmen kerajaan baharu negaranya terhadap ASEAN Centrality atau Pemusatan ASEAN.
Wong yang kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia berkata pada Selasa bahawa masa depan Australia saling berkait rapat dengan masa depan ASEAN dan Asia Tenggara.
"Kita berkongsi masa depan yang sama kerana berada di rantau yang sama, dan itulah cara kita membina hubungan dan berdepan cabaran yang hadapi," katanya.
"Kerajaan Australia kekal komited kepada Pemusatan ASEAN dan kami melihat ASEAN sebagai rantau yang stabil, aman dan makmur di mana kedaulatan dihormati," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah selepas mesyuarat dua hala di sini pada Selasa.
Beliau berkata Australia juga bertuah dan berbesar hati menjadi Rakan Strategik Komprehensif ASEAN. Beliau menambah kata ketika lawatannya ke Jakarta bersama Perdana Menteri Anthony Albanese awal bulan ini, beliau berpeluang bertemu dengan setiausaha agung ASEAN dan wakil tetap yang lain untuk berbincang mengenai perkongsian yang lebih utuh.
Australia dan ASEAN mewujudkan Perkongsian Strategik Komprehensif pada Oktober 2021.
Mengenai pakatan kerjasama keselamatan baharu tiga negara - Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat - yang lebih dikenali dengan singkatan AUKUS, Menteri Luar itu berkata menerusi perjanjian itu kerajaan Australia berhasrat menggantikan kapal selam berkuasa diesel sedia ada kepada kapal selam berkuasa nuklear.
"Kami bercakap mengenai kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear untuk kuasa tujahan dan bukan senjata nuklear," katanya bagi membetulkan tanggapan salah berhubung kapal selam dan pakatan itu.
Mengulas lanjut, Wong berkata kerajaan baharunya juga meluangkan masa untuk mendengar dan menjelaskan kepada pelbagai pihak berhubung kebimbangan mengenai perkara itu.
AUKUS, yang diumumkan pada September tahun lalu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara-negara serantau kerana dikhuatiri boleh meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu.
Sementara itu, Wong yang dilahirkan di Malaysia sebelum berpindah ke Australia sejak muda menyifatkan lawatannya ke sini sebagai hari istimewa.
Sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya, Wong juga dijadual bertemu dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum berlepas ke Kota Kinabalu pada Rabu di mana beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin negeri.
Sebelum tiba di Malaysia, Wong mengadakan kunjungan ke Vietnam.
Selepas pelantikannya sebagai menteri luar pada awal bulan ini, beliau ke Indonesia bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Menteri Luar Australia Senator Penny Wong ketika sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, Putrajaya, 28 Jun 2022. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.