Malaysia Airlines (MAS) kini dalam proses menyediakan pembayaran pampasan penuh untuk anggota keluarga terdekat, para penumpang dan anak kapal MH370.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berikutan Pengisytiharan Kemalangan, syarikat penerbangan itu kini boleh membuat pembayaran pampasan penuh.
"Kami sedang melaksanakannya. Syarikat insurans bersama-sama dengan MAS, akan menghubungi anggota keluarga bagi membincangkan pampasan tersebut," katanya kepada Bernama.
Pada 29 Januari lepas, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan, kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan di bawah peraturan-peraturan penerbangan antarabangsa.
Sebaik sahaja perisytiharan itu, MAS telah memaklumkan kepada semua anggota keluarga terdekat mangsa mengenai pampasan tersebut.
Mereka boleh menghubungi MAS apabila sudah bersedia untuk meneruskan tuntutan pampasan atau jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.
"Bayaran ini bagi membolehkan keluarga yang terlibat menyambung semula kehidupan seperti biasa selepas kehilangan orang yang tersayang. Saya tahu ia adalah masa yang sukar untuk semua orang. Kami akan membantu dengan cara yang sebaik mungkin, dengan apa yang munasabah dan kami akan buat yang terbaik," kata Ahmad Jauhari.
Menyediakan sokongan kebajikan untuk anggota keluarga terdekat mangsa-mangsa pesawat MH370 telah menjadi fokus utama MAS dan tindakan ini telah diambil sejak hari pertama, kehilangan pesawat itu.
"Kami percaya, kami telah menguruskan keadaan ini dengan sebaik mungkin", katanya.
"Dalam banyak keadaan, kita sebenarnya telah melampaui amalan terbaik industri antarabangsa," katanya, sambil menambah bahawa sokongan kebajikan MAS akan terus disampaikan walaupun selepas ulang tahun MH370 di Kuala Lumpur dan Beijing.
Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan kurang daripada satu jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12:41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
MAS menyediakan kaunseling dan menubuhkan Pusat Bantuan Keluarga di sini dan Beijing bagi membolehkan syarikat itu berhubung rapat dengan kira-kira 1,000 anggota keluarga terdekat serta untuk menyediakan maklumat kemas kini dua kali sehari melalui e-mel, panggilan telefon dan taklimat setiap hari semasa saat-saat kritikal kehilangan MH370.
Ia juga menaja semua perbelanjaan perjalanan dan penginapan untuk anggota keluarga di Beijing dan Kuala Lumpur, termasuk menyediakan pengawal keselamatan khas bagi melindungi keselamatan dan privasi anggota keluarga mangsa serta baucar makanan dan bantuan kewangan sebanyak US$5,000 untuk setiap keluarga.
Bernama
Sat Mar 07 2015
AHMAD JAUHARI: Syarikat insurans bersama dengan MAS akan menghubungi anggota keluarga bagi membincangkan pampasan tersebut. -Gambar fail
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Ahmad Jauhari Yahya dilantik pengerusi Sapura Resources
Bekas CEO Malaysia Airlines itu sebelum ini dilantik sebagai pengarah bebas Sapura Resources sejak 2016.
Nahas helikopter Taman Melawati: Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.
Nahas helikopter Taman Melawati: Jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan
Jenazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.
Nahas helikopter: Kemalangan pertama babitkan model sama di Asia Tenggara
Kemalangan melibatkan dua helikopter jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) di Taman Melawati dekat sini pada Ahad merupakan insiden pertama di negara ini dan Asia Tenggara.
Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sudah ambil keterangan Ahmad Jauhari
Polis turut memohon agar saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Helikopter bertembung sebelum terhempas - Polis
Kedua-dua helikopter itu sedang terbang dari Subang Jaya, menuju ke Genting Sempah, ketika kejadian.
Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sahkan identiti dua mangsa maut
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
Christoph Mueller letak jawatan CEO Malaysia Airlines
Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016.
#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.
MAS dalam proses menyediakan bayaran pampasan penuh MH370
Malaysia Airlines (MAS) kini dalam proses menyediakan pembayaran pampasan penuh untuk anggota keluarga terdekat, para penumpang dan anak kapal MH370.