KUALA LUMPUR:Jenazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves di sini sekitar 2.20 petang.
Upacara pengebumian dihadiri keluarga, kenalan terdekat dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Turut kelihatan hadir ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Difahamkan, hanya 20 individu dibenarkan hadir susulan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dibedah siasat sekitar pukul 11.30 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Jenazah kemudian diserahkan kepada TLDM untuk dikafan dan solat jenazah, sebelum jenazah dibawa ke kediaman keluarga di Taman Wangsa Melawati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah disahkan bertembung di udara sebelum salah sebuah terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang.
Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharon, 56.
Sebuah lagi helikopter dinaiki bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan sempat membuat pendaratan cemas dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 09 2020
Upacara pengebumian dihadiri keluarga, kenalan terdekat dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). - Foto Astro AWANI
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
Farid Ridhwan berkata ketika itu dia bersama keluarga berada di rumah dan langsung tidak menghiraukan telefon.
Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Allahyarham Mohd Irfan selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dekat sini hari ini sekitar pukul 5 petang tadi.
Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sahkan identiti dua mangsa maut
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.