KUALA LUMPUR: Di sebalik keadaannya fizikal dan intelektual yang barangkali terkekang berbanding kanak-kanak lain, namun, Maryam Zhafira Khairul Anuar, 10, bukan seorang kanak-kanak yang biasa.
Siapa sangka, ketika kedua-dua ibu bapanya melakukan segala usaha yang terdaya untuk membantu Maryam Zhafira menghadapi Sindrom Down termasuk aktiviti fisioterapi yang pelbagai, akhirnya mereka terjumpa bakat yang terpendam dalam diri anak syurga itu menghasilkan lukisan yang begitu tinggi nilainya.
Bertitik tolak dari situ, Dr Khairul Anuar Abd Aziz dan isterinya Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir menyedari ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan lukisan Maryam Zhafira, sehingga tercetus inisiatif Maryam Saves a Heart (MSAH).
“Pada permulaannya, Maryam banyak buat fisioterapi, aktiviti untuk mencari skil pemotorannya. Bila dia tidak berapa berapa minat, kami cuba aktiviti melukis pula... (hasilnya) dia ada bakat melukis dan mewarna.
“Waktu itu empat tahun lepas, dia baru berusia enam tahun. Bila banyak sangat lukisan dia kita pun rasa nak jual.
“Tengok-tengok boleh raih fund, platform untuk orang menyumbang. Pada masa sama, saya berkerja di Institut Jantung Negara (IJN), banyak kali kita berhadapan dengan orang yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos rawatan,” kata Dr Khairul Anuar lagi.
Bapa kepada tiga orang anak itu yang juga Pakar Kardiotorasik di IJN itu berkata demikian kepada Astro AWANI di program Maryam Saves A Heart & Down Syndrome’s Awareness Showcase – A Charity Art Auction, di ibu negara baru-baru ini.
Menurut Dr Khairul Anuar, melalui inisiatif MSAH dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Yayasan Chow Kit, Tiny Gold Hearts Project, Give Asia, Min Qalby Foundation dan IJN sendiri, beliau mengharapkan agar lebih banyak sinar dapat diberikan kepada kanak-kanak seperti Maryam.
Tinjauan Astro AWANI mendapati lukisan yang dihasilkan Maryam Zhafira nyata mengagumkan dan dihasilkan dengan mengiku tema tertentu seperti abstrak, flora dan angkasa lepas.
Dengan imaginasinya, Maryam Zhafira meluahkan ekspresi dan bakatnya di atas kanvas, dan tidak hairan karya yang kanak-kanak itu hasilkan boleh dijual bermula dengan harga antara RM800 hingga RM2,000 untuk permulaan bidaan.
Dr Khairul Anuar berkata, sebelum ini MSAH yang bermula pada 2020 berjaya meraih sekitar RM100,000 melalui penjualan lukisan Maryam Zhafira selain sumbangan derma daripada pihak yang prihatin dengan visi inisiatif tersebut.
Untuk pameran dan bidaan bagi hasil karya Maryam Zhafira kali ini, beliau berkata, MSAH akan menyalurkan 80 peratus hasil bidaan untuk Madhya Fund serta dana inkubator di bawah seliaan Yayasan Chow Kit, khusus bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal dan tidak berkemampuan untuk menanggung kos perubatan.
Sementara baki 20 peratus lagi, jelas Dr Khairul Anuar, akan digunakan untuk kegunaan Maryam Zhafira di masa akan datang.
Dalam pada itu, Sharifah Sarah, yang juga Ketua Pegawai Kumpulan Perniagaan, Perbankan Borong Bank Islam menggesa ibu bapa di luar sana untuk cuba mendapatkan bantuan atau nasihat sekiranya anak-anak mereka mengalami Sindrom Down.
Sebagai ibu kepada kanak-kanak istimewa seperti Maryam Zhafira, beliau amat memahami faktor yang mengekang segelintir ibu bapa untuk tidak mendapatkan bantuan seperti rasa malu, tidak mempunyai masa atau faktor kewangan khususnya bagi mereka dari golongan B40.
“Ada bantuan oleh pihak NGO dan kerajaan yang pada kadar sangat rendah dan percuma dan sebagai ibu bapa, walaupun tak berkemampuan kita kena cari jalan kreatif.
“Dan jangan rasa bersalah kalau kita tak dapat bersama dengan anak-anak kita 100 peratus. Yang penting bila kita bersama mereka, berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
“Seperti saya dengan Maryam kita selalu cuba teroka aktiviti baharu seperti berenang, berkhemah dan berjalan-jalan. Daripada aktiviti itu pun dia boleh belajar. Dan paling penting ialah dia belajar apa yang kita buat. Libatkan mereka dalam aktiviti harian. Itu mesej utama, jangan rasa keupayaan mereka terhad,” katanya menitipkan nasihat.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat pameran Maryam Saves a Heart, anda boleh berkunjung ke GMBB Kuala Lumpur sehingga 25 Jun ini atau boleh melakukan bidaan di laman Facebook dan Instagram – MaryamSavesAHeart.
Firdaus Azil
Mon Jun 13 2022

Maryam Zhafira Khairul Anuar bukan seorang kanak-kanak yang biasa sekalipun fizikal dan intelektualnya terkekang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Maryam Zhafira, kanak-kanak istimewa yang ditakdir untuk menabur budi
Maryam Zhafira Khairul Anuar bukan seorang kanak-kanak yang biasa sekalipun fizikal dan intelektualnya terkekang.