LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot pukat tunda kelas B kerana melanggar syarat sah lesen di posisi 4.5 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam, di sini, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dilakukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan Perak.
"Ketika ditahan, bot yang dikendalikan dua kru warga tempatan berusia 58 dan 69 tahun itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Pasir Hitam.
"Mereka menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan, dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, bot bersama kru serta hasil tangkapan dianggarkan kira-kira 50 kilogram dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu dan tiba sekitar jam 12 tengah hari semalam untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak untuk tindakan lanjut.
Shahrizan berkata pada hari sama, sebanyak 50 set bubu naga telah dirampas di sekitar perairan Pulau Pasir Hitam hasil rondaan dan pengesanan oleh anggota bot dalam operasi sama kira-kira jam 9.30 pagi.
"Dengan anggaran harga RM120 setiap unit, nilai keseluruhan 50 bubu naga itu dianggarkan bernilai hampir RM6,000 dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan dan siasatan lanjut.
"Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3) (c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan," ujarnya lagi.
Justeru katanya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.
Aida Aziz
Fri Sep 17 2021
Bot pukat tunda kelas B ditahan Maritim Perak kerana melanggar syarat sah lesen di posisi 4.5 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam semalam. -Foto Maritim Perak
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.