Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
“Selepas menyarung uniform APMM untuk sesi latihan dan raptai, saya dapat rasa aura yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Rasa begitu segak dan dihormati bersama dengan anggota yang lain.
"Tunjuk ajar diberikan oleh APMM juga sejujurnya memberikan satu ilmu baru untuk saya menyelami kehidupan mereka sebagai seorang anggota badan keselamatan.
“Saya juga ucap terima kasih kepada APMM yang sudi beri tunjuk ajar cara berkawad dan tabik hormat untuk perarakan Hari Kebangsaan tahun ini.
"Semoga pembabitan kami ini dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang menjadi acara tahunan ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia yang bersemangat untuk meraikannya," katanya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Radio ERA Azah Sahrin berkata pemilihan 3 Pagi ERA bersesuaian kerana mereka ingin rasai pengalaman sebagai anggota badan beruniform APMM yang mempunyai daya hormat tersendiri.
“Pengalaman yang 3 Pagi ERA kecapi ini dapat memberikan satu warna kepada kehidupan mereka.
"Selalunya mereka melihat secara langsung di lokasi perhimpunan mahupun di televisyen, tetapi kali ini mereka turut serta dalam perbarisan itu.
"Sebelum terbabit perbarisan, penyampai 3 Pagi ERA menjalani latihan raptai dua hari sebelum acara tahunan itu diraikan, mereka perlu memakai uniform APMM dengan betul dan berkawad dengan hasil tunjuk ajar agensi keselamatan ini.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada APMM kerana memberi ruang dan peluang kepada 3 Pagi ERA menyertai perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini," katanya.
Dengarkan 3 Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 hingga 10 pagi.
Ikuti ERA di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif.