Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, anggota bomba yang terkorban dalam tragedi di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi, seakan sudah mengetahui beliau akan meninggalkan keluarga tersayang buat selama-lamanya.
Allahyarham telah memuatkan status di aplikasi WhatsApp dengan ayat "Manusia Mati Meninggalkan Jasa, Haiwan Mati Meninggalkan Rangka", kata sepupunya Mohd Hafrawi Fauzi, 22, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Terap di sini, hari ini.
Menurut Mohd Hafrawi status yang diletakkan oleh Muhammad Hifdzul, 25, itu agak pelik walaupun tidak ramai yang menyedarinya termasuk saudara mara yang lain malah hanya disedari malam tadi.
Katanya Allahyarham memang seorang yang periang dan mesra dengan anggota keluarga dan sepupu-sepupunya yang lain kerana rapat sejak dari kecil.
Mohd Hafrawi berkata Allahyarham memang seorang anak yang baik dan berbakti kepada keluarga malah akan pulang ke kampung halaman setiap kali diberikan pelepasan.
"Kali terakhir Allahyarham balik ke kampung adalah pada Ahad lalu kerana mahu menjenguk ayah tirinya, Tengku Din Tengku Lega, 74, dan ibunya, Wan Kamilah Wan Yaakub, 53, yang sakit.
"Apa yang saya tahu Allahyarham memang meminati karier sebagai pegawai bomba dan sanggup mengetepikan peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) kerana menyahut panggilan selepas diterima menyertai pasukan berkenaan," katanya.
Jenazah Allahyarham yang sudah lima tahun menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap di sini, kira-kira pukul 6 petang ini.
Dua kakak Muhammad Hifdzul, Nur Ehfazna, 29, dan Nur Atiqah, 28, kini sedang mengiringi jenazah Allahyarham dari Hospital Serdang, Selangor ke sini.
Selain Allahyarham, lima lagi anggota bomba yang turut terkorban dalam kejadian itu ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Izatul Akma Wan Ibrahim, 32.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam tadi, enam penyelam berkenaan dilaporkan baru sahaja lima minit berada dalam air, mencari seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, yang dilaporkan terjatuh ke lombong itu jam 5 petang semalam.
Bagaimanapun secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain menyebabkan mereka lemas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
![Manusia mati tinggalkan jasa, haiwan mati tinggalkan rangka - Nota akhir mangsa lemas Manusia mati tinggalkan jasa, haiwan mati tinggalkan rangka - Nota akhir mangsa lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538648256_BOMBALEMAS.jpg)
Allahyarham Muhammad Hifdzul telah memuat naik status di aplikasi WhatsApp dengan ayat "Manusia Mati Meninggalkan Jasa, Haiwan Mati Meninggalkan Rangka." -Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738235413_APMSarawakbanjir.jpg)
Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan berkata mereka dijangka tiba esok.
![Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735439886_firetruck.jpg)
Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
![Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724884847_MasjidIndia.jpg)
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.
![Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724020137_forestfire.jpg)
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
![Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712963005_kebakaranbombake.jpg)
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
![Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704662472_BombaBanjir.jpg)
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
![Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708683141_anggotabomba.jpg)
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
![Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705204318_TBjatuhbangunan.jpg)
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
![Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694515821_TBWAHABMATYASIN.jpg)
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.