KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata sebuah helikopter telah tiba di Bachok, Kelantan pada tengah hari tadi, manakala dua lagi berada dalam keadaan mod bersedia dan akan dikerah ke Terengganu jika situasi memerlukan.
Beliau berkata aset berkenaan akan digunakan untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir antaranya melibatkan situasi seperti membawa pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital dan menghantar bekalan makanan.
"Buat masa ini, JBPM beri fokus ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) kerana terdapat operasi-operasi pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS). Keanggotaan tidak bertambah tetapi aset tambahan lain seperti bot telah dihantar ke sana.
"Hari ini, JBPM kerahkan pesawat udara ke Kelantan bagi operasi menyelamat dan menghantar makanan serta tinjauan udara dapat dilaksanakan," katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan Wira Merah Bomba di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan paras air naik lebih tinggi dibandingkan situasi banjir pada 2014, Abdul Wahab berkata JBPM di peringkat negeri telah bersedia daripada pelbagai aspek dan menumpukan segala asetnya bagi operasi pemindahan mangsa.
"Kami juga menasihati masyarakat setempat agar segera berpindah dan kebanyakan mereka telah berpindah dengan sukarela, selain pemindahan yang diatur gerak oleh agensi-agensi penguat kuasa.
"Selain itu, kami telah menyediakan aset-aset di pangkalan hadapan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai untuk bantu operasi di Pantai Timur," katanya.
Beliau berkata respons mangsa bagi situasi banjir kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana mereka berpindah lebih awal dan JPBM telah menggerakkan 10 lori ke Kelantan dan Terengganu dari Kuala Lumpur dan Selangor bagi tujuan itu.
"Jadi, jumlah mangsa terperangkap adalah lebih rendah. Tapi trend yang naik (paras air) ketika ini, misalnya di Pasir Mas, Kelantan, terdapat juga proses pemindahan mangsa yang tinggal di bahagian atas kediaman," katanya.
Abdul Wahab menasihatkan kepada orang ramai agar berpindah ke PPS memandangkan terdapat sebahagian tempat yang telah dipotong bekalan elektrik dan ini akan menyukarkan bomba mendapat respons daripada penduduk.
Terdahulu, majlis berkenaan meraikan jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Abdul Wahab berkata JBPM di peringkat negeri telah bersedia daripada pelbagai aspek dan menumpukan segala asetnya bagi operasi pemindahan mangsa. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.

Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.

Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.

Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.

Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu.

Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.