Mangsa letupan tong dram di Kampung Baru Tebing Lembah, Dungun meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata Muhammad Salehuddin Mohd Noor, 26 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi Isnin.
Mangsa yang melecur separuh badan itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
"Kebiasaannya bagi mangsa-mangsa kebakaran yang melebihi 50 peratus, agak sukar untuk diselamatkan kerana tahap lecur mangsa agak teruk, terutama pada kebakaran tahap tiga. Tahap sembuh juga amat rendah, iaitu kurang daripada 50 peratus.
"Ini kerana, ia bergantung kepada banyak faktor seperti umur, jangkitan kuman, kadar kehilangan air dan garam daripada tubuh. Sebab itu, (dalam) kes ini, kita telah berusaha menyelamatkan beliau, tetapi disebabkan tahap lecur yang agak tinggi, kita sukar melakukannya," jelas Dr Mohammad ketika ditemui.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa melecur teruk pada anggota badan selepas tong dram berisi alkohol meletup secara tiba-tiba kira-kira jam 11.40 pagi.
Sewaktu kejadian mangsa dipercayai sedang membuat kerja-kerja kimpalan di sebuah bengkel.
Mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Sharom Abu Bakar
Mon Feb 19 2018

Muhammad Salehuddin dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KKM lulus peruntukan RM6.5 juta untuk kerja-kerja naik taraf di HSNZ
Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kesihatan mental: 2,144 individu dapatkan rawatan di Terengganu tahun lalu
Seramai 2,144 individu didapati mengalami masalah kesihatan mental telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Tidak berlaku isu perebutan jenazah di HSNZ
Penutupan sementara aktiviti pengurusan jenazah melibatkan kes kematian biasa HSNZ bermula Jumaat hanya bersifat sementara disebabkan beberapa faktor melibatkan pengurusan.

HSNZ Kuala Terengganu terima kontena tempatkan jenazah pesakit COVID-19
Kontena yang disumbangkan MAIDAM itu mampu menampung kira-kira 20 mayat dalam satu masa.

Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19
Keikhlasan doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang 16 hari menerima rawatan akibat COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini meninggalkan kesan mendalam buat Syahril Hirman Azmee.

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar
Sukar untuk mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa disebabkan keadaan mayat yang rentung.

Ahmad Said dan isteri pulih daripada COVID-19
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Terengganu itu memaklumkan akan menjalankan kuarantin di rumah selama 10 hari lagi.

48 petugas kesihatan HSNZ dijangkiti COVID-19
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka yang dijangkiti telah diasingkan dan diberi rawatan.

Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok
Sejurus tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya tersepit.

Tun Salleh Abas positif COVID-19
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.