Seramai 2,144 individu didapati mengalami masalah kesihatan mental telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, bagi tahun ini sahaja seramai 1,797 pesakit melibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan mental turut mendapatkan rawatan sama sehingga September lepas. Menurut Kasemani, terdapat dua pusat Mentari di negeri itu iaitu di Wakaf Tapai dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.
Kasemani menambah, pelbagai inisiatif dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental. "Ini termasuk Perkhidmatan Klinik Minda Sihat di semua klinik kesihatan yang telah ditambah baik dan dikendalikan oleh pegawai terlatih. "Antara inisiatif serta usaha yang telah dilakukan oleh JKNT untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental ialah mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial menerusi perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial dan penempatan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Psikiatri HSNZ di sini hari ini.Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental.
Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian seorang doktor pakar dari Hospital Lahad Datu, Sabah, bulan lepas yang didakwa akibat dibuli.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
TikTok lancar kempen literasi digital untuk dorong seluruh rakyat supaya #ThinkTwice TikTok telah memulakan kempen #ThinkTwice bagi menggalakkan rakyat Malaysia membantu mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan positif.
Jika rasa pelik dengan diri sendiri, dapatkan bantuan - Amir Jahari anggap media sosial punca masalah mental Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental.
Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.