KUALA TERENGGANU: Mayat yang dijumpai di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada Sabtu dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar di lokasi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima keputusan hasil bedah siasat daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini petang Ahad.
"Disebabkan keadaan mayat yang rentung, jadi sukar untuk mencari punca kematian sebenar mangsa.
"Bagaimanapun usaha dan siasatan masih diteruskan ke arah itu," katanya.
Sebelum ini, mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemui dengan kesan terbakar di dalam cerun semak di tepi jalan utama Terengganu-Kelantan, Kampung Padang Air, di sini pada Sabtu.
Mayat dalam keadaan meniarap itu ditemui di cerun berkedalaman kira-kira tiga meter oleh seorang pekerja kontrak kebersihan pada jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.
Berita asal: Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar
Sinar Harian
Sun Apr 18 2021

Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, pada Sabtu. -Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mayat wanita terbakar: Teman lelaki mangsa direman seminggu
Teman lelaki wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, pada Selasa lalu, direman tujuh hari.

Mayat lelaki ditemukan di panggung wayang lama dengan kesan tetakan dan dibakar
Seorang lelaki maut dipercayai ditetak pada tangan dan muka sebelum mayatnya dibakar di dalam bangunan panggung wayang lama di Jalan Simpang Kuala, Alor Setar, hari ini.

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar
Sukar untuk mengenal pasti punca kematian sebenar mangsa disebabkan keadaan mayat yang rentung.

Mayat Kevin tidak boleh terus dikebumikan kerana keadaan - Adik
Mayat Kevin tidak dapat terus dikebumikan kerana tiada gereja yang membenarkan mayat dalam keadaan tidak elok dibawa masuk, kata adiknya.