KAMPAR: Seorang lagi mangsa nahas membabitkan bas dan kereta di Kilometer 39, Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini pada Ahad disahkan meninggal dunia.
Mangsa, S Vinotharan, 33, yang juga penumpang belakang Proton Persona disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang.
Kematian terbaharu itu menjadikan korban nahas seramai tiga orang.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kampar.
"Pada masa sama, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah 'Polytrauma Secondary To Road Traffic Accident'," katanya.
Dalam nahas sekitar jam 6 pagi itu, dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki empat mangsa bertembung dengan sebuah bas transit awam.
Pemandu kereta, V Puventhiran, 36 dan penumpang hadapan, M Uthaya Kumar, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lelaki yang juga penumpang belakang yang belum diketahui identiti masih dirawat di Hospital Kampar.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kampar. - Gambar hiasan

Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial
Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Tiada prasyarat dalam Perlembagaan negeri TYT perlu asal Pulau Pinang - Chow
Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri mewajibkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri itu.

20 sekolah terjejas akibat banjir di Johor
Sesi pembelajaran di 20 sekolah di negeri ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

16 tahun urus 'Projek Sahur With Homeless', Zeti puas dapat bantu gelandangan
Kak Et terpanggil untuk mengadakan 'Projek Sahur With Homeless' dalam usaha membantu golongan berkenaan yang sering kali dipandang serong, bahaya dan menjijikan.
Pantau Agenda Reformasi: Tempoh had 10 tahun perkhidmatan PM
Ikuti ulasan Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak, Ahmad Farhan Rosli mengenai keperluan dan rasional pelaksanaan had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Empat warga Pakistan ditahan cuba masuk ke Malaysia secara haram
Mereka telah membayar sejumlah wang kepada ejen di Thailand yang menguruskan proses kemasukan ke negara ini.

Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Rafizi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Lelaki didakwa bunuh ibu, simpan dalam peti sejuk diarah jalani pemeriksaan mental
Mahkamah Majistret mengarahkan lelaki yang didakwa membunuh ibunya dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk menjalani pemeriksaan mental.
AWANI Ringkas: Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.

Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.

Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.

Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.

Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.

Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.

Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.

Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.

Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.