KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan untuk mengambil 10 langkah dalam isu moratorium.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia selepas pihaknya menerima ratusan mesej dan maklum balas daripada orang ramai mengenai kepelbagaian kaedah tawaran moratorium yang diamalkan oleh bank-bank sehingga sebahagiannya amat membebankan.
Berikut 10 langkah yang dicadangkan Asyraf kepada kerajaan dalam isu moratorium:
1) Memanfaatkan tiga punca kuasa yang ada di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dengan menyelaras dan menyeragamkan kaedah penawaran moratorium termasuklah dalam aspek penangguhan pinjaman, mekanisme bayaran balik dan pengiraan untung dan faedah.
2) Memastikan tiada faedah tambahan mahupun keuntungan terakru yang dikenakan sama ada secara zahir mahupun tersembunyi melalui moratorium yang diberikan kepada rakyat. Ini termasuklah caj-caj berkaitan yang amat membebankan rakyat.
3) Memberikan insentif cukai kepada bank-bank yang tidak memindahkan keuntungan atau faedah terakru semasa tempoh moratorium kepada rakyat di penghujung tempoh bayaran balik atau dalam tempoh penambahan jangka masa bayaran balik.
4) Memanfaatkan garis panduan baharu Bank Negara iaitu ‘Value-Based Intermediation -VBI’ dengan mengamalkan konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penawaran moratorium semasa pandemik dengan bank menyerap keuntungan atau faedah terakru yang dikenakan kepada pelanggan. Dengan melakukan ini, pelanggan hanya kekal membayar nilai ansuran pinjaman yang sama bagi tempoh 3-6 bulan penangguhan bayaran diberikan.
5) Mengambil kira bank sebagai perantara kewangan (financial intermediation) yang punya komitmen terhadap pendeposit dan pelabur, kerajaan melalui Bank Negara boleh memperkenalkan polisi ‘zero interest-rate’ bagi satu tempoh tertentu dalam keadaan pandemik.
BACA: PEMULIH: Moratorium tidak dikenakan faedah terkompaun, penalti lewat bayar - Tengku Zafrul
BACA: PEMULIH: Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan - PM Muhyiddin
6) Polisi ‘zero interest rate’ terutamanya bagi OPR-Overnight Policy Rate boleh mengurangkan tekanan kepada bank akibat kos-kos dana (cost of fund) yang terpaksa diambil kira dalam pengiraan caj faedah (profit margin). Melalui polisi ini, bank-bank tidak lagi perlu mengenakan caj faedah terakru ke atas rakyat yang menerima tawaran moratorium untuk tempoh enam bulan (Nota: Dana-dana bank termasuk daripada Pasaran Kewangan (Money Market) selain daripada dana deposit pelbagai jangka masa adalah kos bagi bank).
7) Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia juga boleh mengarahkan bank-bank untuk mewujudkan tabung khas dengan memindahkan (provision) sebahagian daripada keuntungan pada kadar tertentu bagi dimanfaatkan untuk tujuan menyerap sebarang kemungkinan kerugian (expected losses) akibat kegagalan pelanggan membayar balik pinjaman selepas moratorium diberikan. Ini penting bagi membolehkan mekanisme pengiraan keuntungan bank tidak lagi memasukkan elemen expected loss yang menaikkan nilai faedah terakru yang dikenakan pihak bank kepada pelanggan.
8) Kerajaan melalui Bank Negara mengawal selia kaedah pengiraan faedah terakru agar tidak sesekali membebankan rakyat sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
9) Insentif cukai juga boleh diperkenalkan Kerajaan kepada bank-bank yang mempermudahkan tawaran moratorium kepada para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk penstrukturan semula pembiayaan tanpa faedah atau kadar faedah amat minimum bagi mengurangkan beban dan tekanan hingga melumpuhkan operasi perniagaan mereka.
10) Memandangkan kebanyakan bank tidak menawarkan moratorium bagi produk-produk pinjaman yang mengenakan faedah yang tinggi (17-18%) seperti kad kredit dan pinjaman peribadi, dicadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP khas untuk menyelesaikan obligasi hutang-hutang ini. Pada masa sama Bank Negara boleh mengarahkan bank-bank memberikan diskaun 20-30% kepada pelanggan yang mahu menyelesaikan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.
Asyraf turut mengharapkan kerajaan mengambil serius segala tuntutan dan cadangan berkenaan bagi memastikan moratorium yang diumumkan kerajaan benar-benar bermanfaat dan bukannya menambahkan beban baharu kepada rakyat yang sememangnya sudah terdesak, tertekan dan menderita akibat COVID-19.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021
Asyraf mengharapkan kerajaan mengambil serius segala tuntutan dan cadangan berkenaan bagi memastikan moratorium yang diumumkan kerajaan benar-benar bermanfaat. - Gambar fail/BERNAMA
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lalu akibat sesak nafas.
Pemuda Pas terbuka bekerjasama dengan UMNO - Afnan Hamimi
Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO, sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
PRN Sabah: UMNO akan kerjasama dengan PH, kaedah terbaik kekalkan Kerajaan Perpaduan
UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota
DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada PRK Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid didengar pada 12 Disember
Mahkamah Rayuan telah menjadualkan semula pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah kepada 12 Dis.
PAU 2024: UMNO mesti berkongsi kuasa, kekuatan parti tidak memadai untuk perintah sendirian - Khaled
UMNO mesti berkongsi kuasa dengan pelbagai parti lain memandangkan kekuatan parti itu tidak memadai untuk memerintah sendirian, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.