KUALA LUMPUR: Wakil Malaysia telah diberikan amanah untuk mewakili sekumpulan negara dalam sesi perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan yang ke-105, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau yang baru-baru ini berada di Washington D.C., Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF minggu ini telah diberi kepercayaan untuk mewakili Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.
Mesyuarat itu memfokuskan kepada isu berkaitan pendigitalan dan pembangunan; memastikan pinjaman oleh kerajaan di serata dunia mampu memainkan peranan untuk pembangunan termasuk kestabilan makroekonomi serta beberapa perkara membabitkan perkembangan operasi tindak balas dalam krisis COVID-19.
"Semasa perbincangan, saya telah menyuarakan pendapat mengenai beberapa cabaran terkini yang telah menghalang pemulihan ekonomi global tahun ini.
"Gangguan rantaian bekalan dan inflasi yang meningkat serta ketidakpastian yang berterusan di sebalik varian COVID-19 baharu, mungkin menghalang pemulihan ekonomi yang dijangkakan akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam," katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.
Tengku Zafrul berkata Malaysia serta negara yang diwakili beliau menyambut baik keutamaan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan hari ini.
"Secara keseluruhan, saya telah berkongsi pendapat bagaimana dalam jangka masa pendek, tindakan pelbagai hala yang tuntas dan komprehensif diperlukan untuk menangani krisis hutang yang semakin meruncing.
"Saya juga telah menekankan bahawa di masa hadapan, pendigitalan akan menjadi pendorong utama kepada agenda untuk Pembangunan Hijau, Berdaya Tahan dan Inklusif," tambah beliau.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata Amazon Web Services (AWS) telah menyatakan komitmen syarikat itu untuk melabur di Malaysia.
Menerusi satu catatan di Twitter, Tengku Zafrul berkata AWS komited untuk melabur dalam pembangunan pusat data serantau dan juga program berkaitan syarikat pemula niaga serta modal teroka.
"Komitmen ini dinyatakan semasa lawatan saya di Washington. Saya turut diberi taklimat oleh Shannon Kellogg yang mengetuai bahagian Dasar Awam AWS berkaitan pembangunan ibu pejabat mereka yang baharu, HQ2," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Tengku Zafrul berkata Malaysia serta negara yang diwakili beliau menyambut baik keutamaan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan. - Gambar fail

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.