KUALA LUMPUR:Kesediaan Arab Saudi untuk 'menjalin hubungan diplomatik secara penuh' dengan Israel sekiranya rejim Zionis itu memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak menimbulkan masalah dengan Malaysia.
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr Rahmat Mohamad bagaimanapun berkata, ia perlu melihat persetujuan yang multilateral bentuknya dengan hak rakyat Palestin.
"Polisi Malaysia dengan luar negara ialah berbaik-baik dengan negara-negara di dunia ini.
"Sebab kita adalah ASEAN, jadi hubungan kita dengan Arab Saudi memang kekal sama seperti rakan baik. Itu adalah hubungan diplomatik kita dengan Arab Saudi.
"Jadi hak Arab Saudi dengan Israel adalah hak kedaulatan mereka, jadi ia hak Arab Saudi untuk melakukannya," katanya semasa dihubungi, pada Selasa.
BACA: Turki ingin hubungan yang lebih baik dengan Israel
BACA: Penasihat White House ketuai delegasi Israel ke Maghribi
Sebelum ini, Menteri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan al-Saud berkata, Israel perlu melengkapkan proses rundingan damai yang menjamin hak dan kebajikan penduduk Palestin terlebih dulu sebelum sebarang persetujuan dicapai.
Pengarah Mossad (agensi perisikan Israel), Yossy Cohen, sebelum ini menegaskan bahawa Arab Saudi akan menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv selepas Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Dalam pada itu, Dr Rahmat yang juga Ketua Peguam Undang-undang Antarabangsa yang membawa kes Israel sebagai jenayah perang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menegaskan, Malaysia perlu meyakinkan negara luar untuk membantu memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Jelasnya, apa yang Malaysia hendak lakukan dengan negara-negara jiran adalah menghormati hak kedaulatan yang diamalkan selama ini.
"Bermakna kita tahu bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memang memperjuangkan hak orang Palestin, rakyat Palestin dan begitu juga dengan bumi mereka.
"Jadi kita hendak melihat kalau boleh kita dapat meyakinkan negara-negara lain supaya bersama-sama dengan Malaysia untuk membantu Palestin mengembalikan hak mereka iaitu tanah dan bumi mereka kembali," katanya.
Sebelum ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa negara itu ingin mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Israel.
Bagaimanapun, perbincangan di peringkat perisikan masih berterusan antara kedua-dua pihak.
Turki merupakan negara majoriti Islam pertama yang mengiktiraf negara Zionis itu pada 1949.
Kedua-dua negara berkenaan mempunyai hubungan yang sangat mesra sehingga Erdogan mula memimpin Turki.
Erdogan antaranya mengecam penjajahan Israel di Tebing Barat serta layanan ke atas warga Palestin.
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 04 2021
Jelas Dr Rahmat, apa yang Malaysia hendak lakukan dengan negara-negara jiran adalah menghormati hak kedaulatan yang diamalkan selama ini. - Foto REUTERS
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Asia Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan, dan semua kawasan konflik di Asia Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.