Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman merangkap Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu Agensi Berita Arab Saudi (SPA) bahawa organisasi antarabangsa itu terus menyokong semua usaha untuk menenangkan keadaan di rantau ini, termasuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan Lubnan serta pembebasan tanpa syarat semua tawanan di Gaza.
Beliau turut menekankan bahawa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres terus menegaskan kepentingan menamatkan pendudukan Israel dan melaksanakan penyelesaian dua negara, yang dianggap sebagai penyelesaian yang adil dan kekal kepada konflik Israel-Palestin.
-- BERNAMA