KUALA LUMPUR:Komuniti perniagaan antarabangsa dan domestik terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang disukai berikutan kekuatan dan potensi negara ini, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Walaupun pandemik COVID-19 sedang menular, banyak syarikat antarabangsa dan multinational telah mula mewujudkan program pembangunan vendor serta inisiatif pengurusan rantaian bekalan bersama-sama dengan syarikat dan pembekal tempatan.
"Selama bertahun-tahun, pembekal tempatan telah menjadi pengeluar yang besar dalam hak liputan mereka dan ada di antara mereka yang kini telah tersenarai dalam bursa saham kami, ini menyediakan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan," kata menteri itu dalam catatan beliau di LinkedIn hari ini.
Antara projek yang diluluskan untuk tempoh sembilan bulan pertama 2020 termasuk LEM (Switzerland), Dexcom, Ultra Clean (Amerika Syarikat), Keysight Technologies (Amerika Syarikat), Bosch (Jerman) serta Nippon Electric Glass (Malaysia) Sdn Bhd.
Kedudukan Malaysia juga mendapat pengiktirafan daripada pelbagai firma penarafan dalam pelbagai metrik; bukti kepada perlaksanaan dasar Malaysia yang agak mantap.
Tengku Zafrul menyatakan bahawa menurut laporan oleh Bloomberg baru-baru ini, Malaysia adalah destinasi utama kelima di kalangan ekonomi baru muncul untuk pelaburan dan perniagaan, di belakang potensi pemulihan ekonomi yang pesat, kedudukan fiskal termasuk kewangan yang stabil serta keupayaan dalam menangani dan mengurangkan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, beliau menegaskan seperti banyak negara lain, Malaysia juga berhadapan dengan cabaran yang sukar, khususnya bagi membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.
Usaha kerajaan bermula dengan inisiatif yang diperkenalkan melalui pelan pemulihan ekonomi jangka pendek (PENJANA) yang diumumkan pada Jun 2020.
Di bawah Belanjawan 2021, banyak insentif ini sama ada telah diperluaskan atau dilanjutkan bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti perkhidmatan tambah nilai tinggi dan hab inovasi, teknologi canggih dan penyediaan industri masa depan.
Beliau menegaskan kementerian telah bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain bagi memastikan insentif-insentif ini disediakan kepada pelabur yang tulen.
"Tetapi harus diingat dua perkara penting: Malaysia masih dalam krisis kesihatan dan setiap negara adalah unik daripada segi memikat pelaburan langsung asing.
"Walaupun Malaysia masih berusaha tanpa henti untuk menangani COVID-19, pemulihan dalam kesihatan awam, ekonomi ataupun pelaburan, pasti akan mengambil masa," katanya.
Tengku Zafrul berkata kementerian telah menghubungi pelbagai agensi dan kumpulan perniagaan tempatan serta antarabangsa termasuk Dewan Perniagaan Malaysia Amerika, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Perancis dan Dewan Perniagaan Malaysia British serta mengadakan perbincangan dengan pelbagai duta, pesuruhjaya dan menteri.
"Kami tidak berjaya bertemu dengan setiap satu (daripada mereka) tetapi kami sedang menuju ke arah itu.
"Pegawai kementerian dan saya amat berharap dapat bertemu dengan semua dewan perniagaan dan pihak berkepentingan lain di Malaysia bagi melihat sejauh mana kami boleh bekerjasama, khususnya dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta agensi berfokuskan pelaburan lain - untuk memudahkan lebih banyak pelaburan daripada rakan perdagangan kami pada 2021 dan seterusnya," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Komuniti perniagaan antarabangsa dan domestik terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang disukai berikutan kekuatan dan potensi negara ini, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang
Kerajaan juga telah menarik balik syarat-syarat MEP bagi eksport bawang dan mengurangkan duti eksport daripada 40 peratus kepada 20 peratus.
PRK Mahkota: Pertembungan BN dan PN
PRK Mahkota pada 28 Sept ini, menyaksikan pertembungan antara calon BN dan PN.
1 maut, 7 cedera van terbabas rempuh pokok
Ketika kejadian keadaan lokasi kejadian gelap dan kurang pencahayaan lampu jalan ditambah hujan lebat dan permukaan jalan basah.
Pusat penamaan calon PRK Mahkota ditutup
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota ditutup 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula 9 pagi tadi.
PRK DUN Mahkota menyaksikan persaingan satu lawan satu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September depan menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN mempertaruhkan Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Johor dan mesra disapa sebagai 'Coach Haizan' sebagai calon.
#AWANInews
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN mempertaruhkan Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Johor dan mesra disapa sebagai 'Coach Haizan' sebagai calon.
#AWANInews
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
Parkir percuma di MAHA 2024 bermula hari ini
Caj parkir tidak lagi dikenakan kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bermula hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara.
AWANI Pagi: Potensi industri pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan
Pelbagai potensi di Wilayah Persekutuan Labuan yang merentasi pelbagai sektor termasuk sektor pelancongan. Ikuti perbincangan dalam meneliti potensi industri pelancongan di Labuan dalam #AWANIPagi.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIRingkas 14 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 September 2024
1️⃣ Siapa lawan siapa di DUN Mahkota?
2️⃣ Tangani ancaman air di Malaysia
3️⃣ Jumlah dagangan melonjak ketara
#awaniringkas
1️⃣ Siapa lawan siapa di DUN Mahkota?
2️⃣ Tangani ancaman air di Malaysia
3️⃣ Jumlah dagangan melonjak ketara
#awaniringkas
Perdagangan bilateral China-Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion
Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada AS$117.52 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM kepada pasukan Palestin
KBS berterima kasih kepada FAM yang menyediakan gelanggang berkecuali kepada Palestin menentang Jordan.
Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.
Kerajaan komited pertahan hak kedaulatan kawasan maritim Malaysia - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri berkata pendirian ini selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Laut China Selatan: Berunding dengan China bermakna Malaysia berpaling dari dasar sedia ada - Pakar
Jika Malaysia memulakan rundingan dengan China mengenai pertikaian perairan di Laut China Selatan, maka negara berpaling daripada daripada dasar yang menyatakan China bukan pihak berhak menuntut.
Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi.
Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024, atasi Lubnan 1-0
Pasukan bola sepak negara menghadirkan kegembiraan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia miliki ciri yang amat baik untuk terus membangunkan ekonomi - Fadillah
Malaysia antara negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang amat baik dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, di tengah-tengah ketegangan AS-China – PM
Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri.