LONDON: Malaysia sedang meneroka peluang untuk menghantar pensyarah serta jurulatih khususnya dalam bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk mendapatkan Latihan Jurulatih (ToT) ke Korea Selatan dan Turki.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua negara berkenaan merupakan antara sumber baharu yang memiliki institusi TVET terbaik dan berpengalaman.
Beliau berkata buat masa ini, kerajaan ada menghantar pensyarah ToT ke Jerman dan Jepun, kerana kedua-dua negara ini mempunyai kekuatan dalam TVET, selain memiliki mempunyai hubungan yang sangat lama dengan Malaysia.
"... tetapi kita harus meneroka peluang dengan Korea Selatan sebab negara ini mempunyai institusi yang cukup berpengalaman.
"Sementara itu, Turki pula memiliki kemahiran tinggi dari segi industri pertahanan," katanya ketika ditemui selepas menyertai sesi bual bicara kelolaan Overseas Development Institute (ODI) bertajuk 'Modal Insan Penggerak Pembangunan Negara: Pandangan Daripada Pendekatan Ekonomi Baharu Malaysia' di sini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata di dalam Belanjawan 2024, keterampilan latihan secara profesional diberi satu daripada keutamaan untuk mewujudkan sumber guna tenaga baharu.
Menurut beliau ToT merupakan satu elemen penting dalam mempercepat dan mempertingkatkan latihan dan skil tenaga kerja baharu.
"Saya akan berbincang dengan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia untuk memperuntukkan sebahagian daripada Belanjawan 2024 untuk tujuan ini.
"Cadangan itu akan diterjemahkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan kerana bajet yang disediakan perlu mendapat penyelarasan bagi tujuan memberi latihan baharu bagi jurulatih dan pensyarah.
"Kami juga akan membuka peluang untuk bakal jurulatih ini belajar mengenai industri baharu, umpamanya dalam industri aeroangkasa kerana peluang dalam sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) amat besar di Malaysia," katanya.
Terdahulu, semasa sesi bual bicara berkenaan, Ahmad Zahid turut berkongsikan dengan hadirin mengenai Ekonomi MADANI yang menetapkan agenda inklusif dan dinamik untuk Malaysia.
“Ekonomi MADANI memfokuskan kepada penyusunan semula ekonomi bagi mendukung Malaysia sebagai peneraju di rantau Asia dan memberi manfaat kepada rakyat untuk kualiti hidup yang lebih baik.
“Apabila kami menyebut tentang ekonomi manusiawi dan ekonomi berpaksikan rakyat, inilah yang kami maksudkan iaitu memberikan sumber, kemahiran dan peluang kepada rakyat bagi memenuhi potensi mereka,” katanya.
Selain TVET, modan insan dan Ekonomi MADANI, Ahmad Zahid turut menekankan mengenai Malaysia selaku peneraju dalam industri halal dengan pengiktirafan global terhadap produk, perkhidmatan dan pensijilan halalnya.
Beliau berkata Malaysia melihat banyak peluang penting dalam industri itu termasuk pekerjaan baharu dan pertumbuhan dalam industri yang akan memanfaatkan modal insan serta ini diterjemahkan menerusi Pelan Induk Industri Halal 2030 yang bermatlamat mengembangkan industri mencapai US$106.1 bilion menjelang akhir tahun ini.
Ahmad Zahid sedang dalam lawatan kerja ke United Kingdom dari 25 hingga 28 Okt, sempena Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC 2023) di London anjuran Halal Development Corporation.
Beliau dijadual merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu pada 27 Okt.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar UK Thérèse Coffey dan Ahli Parlimen UK yang beragama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Ahmad Zahid ketika menyertai sesi bual bicara bertajuk 'Modal Insan Penggerak Pembangunan Negara: Pandangan Daripada Pendekatan Ekonomi Baharu Malaysia' di London. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
24 projek KKDW yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022 siap sebelum RMK13 - Ahmad Zahid
Sejumlah 24 projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak yang tertangguh sejak 2016 hingga 2022, akan siap sebelum pelancaran RMK13.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.