Malaysia berasa terkilan dengan cadangan kerajaan Indonesia yang mahu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara ini disebabkan kes penderaan yang disifatkan sebagai kes terpencil.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dari segi statisiknya, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kes penderaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia terendah berbanding beberapa negara lain.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid memberitahu, beliau akan bertemu dengan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Hanif Dakiri bagi mengadakan rundingan semula mengenai soal keselamatan pekerja-pekerja serta pembantu rumah dari negara itu.
BACA: Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri
“Saya agak terkilan sekiranya benar mengikut laporan Indonesia yang akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara kita disebabkan kes terpencil.
“Kerana secara realitifnya saya telah melihat beberapa data dari segi penderaan pembantu rumah biar pun ada berlaku penderaan namun kadarnya serta peratusnya adalah terendah. Ertinya kita ambil kepedulian terhadap kebajikan pembantu-pembantu rumah dari Indonesia di Malaysia,” katanya pada satu sidang media di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, kerajaan Malaysia juga tidak akan melindungi mana-mana majikan yang didapati bersalah melakukan penderaan atau kezaliman kepada mana-mana pekerja asing.
“Kita mempunyai perjanjian di antara pihak majikan dan pekerja berkenaan yang harus ditandatangani supaya peraturan dan garis panduan itu dapat diikuti.
“Atas sifat kemanusiaan kita tidak akan pernah melindungi atau menyembunyikan sebarang fakta, dakwaan akan dilakukan, pengadilan akan dibuat oleh mahkamah Malaysia.
“Kita harap bakal-bakal pembantu rumah di Indoensia khususnya Kementerian Tenaga Kerja (Indonesia) melihat Malaysia sebagai negara berbeza dengan tindakan-tindakan yang pernah dilakukan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri juga meminta Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia melakukan kajian semula terhadap SOP keselamatan pekerja asing.
“SOP keselamatan memang telah ada tetapi kita akan lihat semula perjanjian di antara majikan dengan pekerja berkenaan, jika mana-mana peraturan itu masih longgar.
“Saya harap Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan kajian semula terhadap perjanjian serta SOP berkenaan.
Ahad lalu, seorang pembantu rumah, Adelina Lisio, 28 tahun meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam setelah dipercayai didera oleh majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menurut laporan, beberapa jiran mendakwa wanita berkenaan dipaksa tidur bersama seekor anjing jenis Rottweiler di anjung rumah selama lebih sebulan sebelum dia ditemui mati pada Sabtu.
Shafiq Noordin
Sat Feb 17 2018

Ahad lalu, seorang pembantu rumah, Adelina Lisio, 28 tahun meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam setelah dipercayai didera oleh majikannya di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia terkilan rancangan Indonesia henti hantar pembantu rumah - Ahmad Zahid
Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kes penderaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia terendah berbanding beberapa negara lain.