KUALA LUMPUR: Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
Ini adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia, menurut Adyen Index 2024, tinjauan berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia, yang dijalankan mulai 15 Jan hingga 1 Feb 2024.
Adyen berkata pengguna Malaysia sedang beralih daripada dompet fizikal, dengan 41 peratus kini bergantung pada penyelesaian berdaya mudah alih seperti sentuh untuk bayar.
"Pembeli Malaysia cenderung kepada kaedah pembayaran yang cepat dan mudah, merangsangkan lagi permintaan bagi pengalaman dalam kedai yang diperkemas seperti kiosk serta pembayaran satu klik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73 peratus rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44 peratus.
"Rakyat Malaysia juga membeli-belah di platform itu kira-kira enam kali sebulan," kata Adyen.
Firma penyelidikan itu juga mendapati bahawa golongan milenial berkemungkinan menjadi pengguna pembeli terbesar di platform media sosial berbanding mana-mana kumpulan umur lain, dengan 80 peratus mengaku telah membuat transaksi dalam 12 bulan lepas.
Pengguna Gen Z mencatat pertumbuhan terbesar, daripada semua pengguna Gen Z yang telah membeli-belah di media sosial sejak 12 bulan lepas, 17 peratus adalah pembeli kali pertama.
Menyedari potensi pertumbuhan tersebut, perniagaan telah menyesuaikan diri dengan strategi agar sejajar dengan pilihan pelanggan yang semakin berkembang, kata Adyen.
"Sebanyak 73 peratus peruncit Malaysia melaporkan pertumbuhan hasil selepas terlibat dengan perdagangan sosial," katanya.
Berdasarkan tinjauan itu, 45 peratus pengguna turut menyatakan kesetiaan kepada peruncit yang memudahkan pembelian terus melalui platform media sosial, menekankan keperluan untuk pengalaman pelbagai saluran yang lancar dalam memupuk kesetiaan pelanggan.
Pengurus Negara Adyen Malaysia, Soon Yean Lee berkata penemuan baru-baru ini mendedahkan peralihan ketara ke arah pembayaran digital serta perdagangan sosial dengan pengguna Malaysia menerajui trend global dalam penggunaan dompet mudah alih.
"Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan daya saing, perniagaan mesti lincah dalam memenuhi keutamaan penggunaan yang berubah-ubah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen. - Foto hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih - Tinjauan
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.

Penggunaan tunai rakyat Malaysia makin berkurangan sejak COVID-19
Pengguna Malaysia kini lebih memilih platform digital, terbukti dengan peningkatan pembayaran secara digital, e-dagang dan kecenderungan melakukan aktiviti secara dalam talian.

Mydin, Boost tawar pembayaran tanpa tunai
Inovasi yang dilancarkan itu seiring dengan keperluan berubah mengikut peredaran zaman bersama pengguna di Malaysia.