Dakwaan beberapa pihak bahawa Malaysia tidak cukup telus dalam mendedahkan angka COVID-19 di negara ini adalah kurang tepat, kata bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon.
Ini kerana kata beliau Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyediakan perancangan rapi termasuk mempersiapkan makmal di seluruh negara bagi menjalankan ujian COVID-19 apabila wabak itu bermula di Wuhan, Disember lepas.
"Pada masa ini Malaysia mempunyai 45 makmal untuk menjalankan ujian COVID-19, justeru saya berpandangan kenyataan (dakwaan) itu adalah tidak tepat," katanya ketika menjadi tetamu program Bernama TV, The Nation, di sini hari ini.
Program bertajuk "The Panglima Perang of MOH" (Panglima Perang KKM) antara lain mengetengahkan pengalaman lalu Dr Rohaizat bersama KKM termasuk semasa mengendalikan pandemik COVID-19 di Malaysia serta kehidupannya selepas bersara.
Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun lepas setelah berkhidmat dengan KKM selama 35 tahun dan beliau merupakan antara "panglima perang" COVID-19 serta boleh dilihat sentiasa berdiri di sebelah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian di Putrajaya.
Ditanya sama ada akan berlaku satu lagi gelombang jangkitan susulan pengesanan kluster baharu, beliau berkata kemungkinan itu tidak boleh ditolak, namun selagi rakyat Malaysia kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), jumlah kes boleh dikurangkan.
"JP Morgan menjangkakan kes COVID-19 akan memuncak pada 6,300 kes sekitar pertengahan April, namun tidak berlaku. Kenapa? Kerana kita telah melakukan yang terbaik pada semua peringkat," katanya sambil menggesa rakyat agar terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mengenai kehidupan selepas persaraan, Dr Rohaizat berkata beliau kini mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama ibunya yang berusia 84 tahun dan menghidap dementia serta ahli keluarga yang lain serta menguruskan hal-hal peribadi.
"Dua minggu pertama selepas bersara saya masih sibuk namun kurang stres dan selepas itu saya mula ada masa santai untuk menikmati kehidupan," katanya.
Ditanya mengenai saat-saat yang tidak boleh beliau lupakan sebagai pengamal perubatan selama lebih tiga dekad, Dr Rohaizat berkata insiden berlaku pada 2004 apabila bapanya tiba-tiba tidak sedarkan diri di hospital ketika waktu melawat.
"Kami cuba dapatkanya doktor yang bertanggunjawab dan membantu pasukan kesihatan intubasi bapa saya. Tangan saya menggigil, saya terpaksa intubasi bapa sendiri dengan air mata yang berjurai serta berdoa kepada Tuhan agar memberikan sedikit 'diskaun' kepadanya. Syukur, beliau dapat meneruskan kehidupan selama 18 bulan lagi selepas kejadian itu. Terima kasih kepada semua doktor," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun lepas setelah berkhidmat dengan KKM selama 35 tahun. -Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.

Mahkamah tolak permohonan SPSB kembalikan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Muar
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan SPSB untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu terhadap Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung kenyataannya membabitkan KLVC.

Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
Adun Tronoh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.

Adam Rosly gagal ketepi sabitan, hukuman penjara dan denda
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.

Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.

Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Abu Sujak Mahmud meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Abu Sujak Mahmud, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 4, di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bekas Peguam Cara III buat laporan polis, gesa siasat Tommy Thomas
Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam.

Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah meninggalkan pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM
Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan baru-baru ini.

Mahkamah batal saman Najib terhadap AmBank dan bekas pengurus
Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.