PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam bulan dan serta denda RM30,000 yang dijatuhkan ke atas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah kerana memberikan pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk P Ravinthran dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Adam Rosly semalam.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 April 2018 yang menjatuhkan hukuman itu selepas mendapatinya bersalah atas enam pertuduhan memberikan pernyataan dan dokumen palsu kepada SPRM semasa siasatan pada 2017 berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya.
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.
Beliau turut mengeluarkan waran komital terhadap Adam Rosly, 33, bagi membolehkan hukuman penjara terhadapnya berkuat kuasa mulai semalam.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada dua pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pernyataan palsu itu adalah berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mentua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.
Bagi pertuduhan ketiga sehingga keenam, dia dituduh menggunakan suatu dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucar tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta yang sama.
Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 9 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Feb 2017, dan antara 9 pagi dan 2 petang 22 Feb tahun sama.
Kesemua pertuduhan memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 26 Nov 2019, dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Semalam, Mahkamah Rayuan menyambung prosiding rayuan itu dengan mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke yang menyebut bahawa kesalahan Adam Rosly adalah serius.
Beliau berkata kesalahan yang dilakukan itu bukan isu remeh dan tidak mewajarkan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau sekadar denda dikenakan ke atas Adam Rosly.
Pada 9 Dis tahun lepas, mahkamah telah mendengar hujah peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris yang mewakili Adam Rosly.
Beliau berhujah bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa pernyataan yang diberikan anak guamnya adalah palsu.
Bernama
Tue Mar 02 2021
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh. - Bernama
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Adam Rosly dipenjara enam bulan
Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM berhubung harta yang dimiliki.
Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adam Rosly dituduh di mahkamah esok
Adam, 28, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.
Dakwaan kekayaan luar biasa, Adam Rosly direman lima hari - SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.25 pagi untuk direman ekoran siasatan ke atasnya.
Zuraida saman Jamal, dakwa keluar kenyataan fitnah berhubung insiden pukul
Zuraida mendakwa pada 13 Nov lepas, Jamal telah mengeluarkan perkataan fitnah mengaitkannya terlibat dalam insiden beliau dipukul dan ditumbuk.
Isytihar harta, atau Jamal terus pantau guna helikopter, kata Rafizi kepada Adam
Ia cara terbaik berbanding tindakan membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya akan mewujudkan lebih banyak polemik.
'Adam perlu jelaskan sumber kekayaan luar biasa' - Jamal
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, isu itu akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan selanjutnya.
Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menegaskan, banglo mewah yang dimilikinya di Jalan Pinang, Ampang, bukan berharga RM7 juta seperti yang didakwa banyak pihak.
Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida
Ia berikutan Ismail didakwa hanya pandai cakap belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.
Zuraida dan pengikut buat laporan polis terhadap Jamal
Turut membuat laporan ialah Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang mendakwa Datuk Seri Jamal dan pengikut membuat kekacauan di kediamannya.