Rafizi Ramli hari ini menasihatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly agar mengisytiharkan hartanya bagi mengelak daripada Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos terus mengganggunya.
Menurut Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan itu, ia cara terbaik berbanding tindakan membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya akan mewujudkan lebih banyak polemik.
"Bagi saya, saya akan isytihar harta Selasa atau Rabu minggu depan, dan lebih cepat Adam isytihar harta, saya rasa lebih mudah.
"Sebaik sahaja anda tunjuk yang anda tiada apa hendak disembunyikan, dan semuanya telus, saya rasa ia akan berhenti.
"Kalau tidak, Jamal akan terus bawa helikopternya," katanya kepada media di lobi Parlimen merujuk tindakan Jamal dan pengikutnya yang menggunakan helikopter untuk meninjau kawasan banglo mewah kepunyaan Adam Selasa lalu.
BACA: Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
BACA: 'Darah diganti darah' - Jamal Yunos
BACA: Zuraida dan pengikut buat laporan polis terhadap Jamal
Langkah mengisytiharkan harta itu, menurut Rafizi, merupakan satu cara berkesan bagi membuktikan seseorang itu tidak menyembunyikan apa-apa harta atau perbelanjaan yang tidak sepatutnya.
Malah, katanya, beliau sendiri melihat keberkesanannya selepas menyahut cabaran Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebelum ini.
"Pada akhirnya, semua orang perlu bersikap telus apabila dituduh. Perkara sama saya lakukan tahun lalu.
"Saya telah dicabar Syed Ali dan saya telah mengisytiharkan harta dan kemudian beliau sendiri diam untuk beberapa lama," ujarnya lagi.
Justeru, beliau mengajak semua ahli politik, pegawai kerajaan dan penjawat awam yang berpangkat tinggi untuk melakukan perkara sama bagi mengelak berlakunya penyelewengan.
Ditanya sama ada Adam memperoleh kekayaan hasil perniagaan, Rafizi menjelaskan beliau tidak begitu mengenali ahli PKR berusia 28 tahun itu kerana dia masih baharu dalam parti.
Beberapa pemimpin bahagian UMNO, termasuk Jamal, sebelum ini mendesak SPRM melakukan siasatan ke atas Adam susulan kemewahannya, termasuk memiliki banglo yang didakwa bernilai RM7 juta.
Bagaimanapun, Adam menafikannya semalam, menyatakan banglo mewah miliknya di Jalan Pinang, Ampang itu diperolehi melalui hasil bidaannya dengan pihak bank pada harga RM1juta.
BACA: 'Adam perlu jelaskan sumber kekayaan luar biasa' - Jamal
"Sebenarnya saya tidak begitu mengenalinya kerana beliau agak baharu dalam parti, selepas menyertai PAS sebelum ini.
"Jadi saya fikir kamu (wartawan) tanya YB Zuraida," jelas Rafizi merujuk kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Malah, beliau berharap polis dan SPRM tidak terus dibebani dengan kes melibatkan Adam agar pihak berkuasa berkenaan memberi tumpuan kepada isu lain yang lebih besar dan penting.
"Ia menjimatkan masa kepada SPRM dan polis untuk melakukan semua ini. Mereka perlu menumpukan kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak. Don't allow diversions (jangan biarkan isu dipesong)," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Nov 16 2016

RAFIZI: "Sebaik sahaja anda tunjuk yang anda tiada apa hendak disembunyikan, dan semuanya telus, saya rasa ia akan berhenti." - Gambar fail / Astro AWANI

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

Adam Rosly dipenjara enam bulan
Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM berhubung harta yang dimiliki.

Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam Rosly dituduh di mahkamah esok
Adam, 28, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

Dakwaan kekayaan luar biasa, Adam Rosly direman lima hari - SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.25 pagi untuk direman ekoran siasatan ke atasnya.

Zuraida saman Jamal, dakwa keluar kenyataan fitnah berhubung insiden pukul
Zuraida mendakwa pada 13 Nov lepas, Jamal telah mengeluarkan perkataan fitnah mengaitkannya terlibat dalam insiden beliau dipukul dan ditumbuk.

Isytihar harta, atau Jamal terus pantau guna helikopter, kata Rafizi kepada Adam
Ia cara terbaik berbanding tindakan membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya akan mewujudkan lebih banyak polemik.

'Adam perlu jelaskan sumber kekayaan luar biasa' - Jamal
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, isu itu akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan selanjutnya.

Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menegaskan, banglo mewah yang dimilikinya di Jalan Pinang, Ampang, bukan berharga RM7 juta seperti yang didakwa banyak pihak.

Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida
Ia berikutan Ismail didakwa hanya pandai cakap belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Zuraida dan pengikut buat laporan polis terhadap Jamal
Turut membuat laporan ialah Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang mendakwa Datuk Seri Jamal dan pengikut membuat kekacauan di kediamannya.