IPOH: Selepas ditangguh beberapa kali sejak lebih setahun lalu, perbicaraan kes bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya pada Julai 2019, bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan disambut sorakan kira-kira 30 penyokongnya yang datang dengan sebuah bas.
Perbicaraan dikendalikan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang menggantikan Datuk Hashim Hamzah.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Datuk Jamil Aripin yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Ainul Wardah Shahidan, manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh.
Pada pembukaan prosiding, Jamil berkata, pihaknya akan membuktikan kejadian rogol itu berlaku dengan memanggil saksi dan pakar perubatan yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa.
Menurutnya, pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan lisan dan dokumen untuk menunjukkan semasa kejadian berlaku, tiada orang lain di rumah tersebut, selain tertuduh dan mangsa yang juga warga Indonesia.
BACA: Exco Perak Paul Yong mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol
BACA: Bicara kes rogol Paul Yong bermula
Menurut Jamil, pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tidak wujud sebarang konspirasi untuk menganiaya atau menggugat reputasi dan kedudukan tertuduh.
Sebaliknya, kata Jamil pertuduhan yang dikemukakan berdasarkan aduan dan hasil siasatan di bawah peruntukan undang-undang.
Sementara itu, Rajpal pula membuat bantahan mengenai kaedah pembuktian dan penggunaan Akta Perlindungan Saksi 2009 dalam kes tersebut.
BACA: Tuduhan rogol: Paul Yong buat keputusan untuk bercuti
BACA: Bicara kes rogol ADUN Tronoh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Bagaimanapun, hakim membuat keputusan supaya prosiding diteruskan kerana kes tersebut telah lama tertangguh.
Prosiding hari pertama menyaksikan pihak pendakwaan memanggil tiga saksi iaitu dua jurufoto dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang pegawai Pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4.30 petang dan akan disambung semula jam 10 pagi Selasa.
Perbicaraan dijadualkan berlangsung selama sembilan hari.
Turut kelihatan hari ini adalah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.
Yong pada 23 Ogos 2019 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berumur 23 tahun.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 05 2021

Yong pada 23 Ogos 2019 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berumur 23 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kes Paul Yong: Pembantu rumah mengaku beri keterangan palsu - Saksi
Seorang peguam memberitahu mahkamah bahawa pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong mengaku memberi keterangan palsu.

Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.

Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.

Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.

Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.

Bekas ADUN Tronoh dibenarkan tambah tiga alasan dalam petisyen rayuan
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Yong.

PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.

Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tuduhan rogol pembantu rumah: Nasib Paul Yong ditentukan pagi ini
Jika sabit kesalahan, Paul Yong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.