KUALA LUMPUR:Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam, yang didakwanya melakukan fitnah menerusi petikan dari sebuah buku yang baru dikeluarkan bertajuk "My Story: Justice in the Wilderness".
Ketika dihubungi Bernama hari ini Mohamad Hanafiah mengesahkan bahawa beliau telah membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Sepang.
Dalam laporannya beliau mendakwa petikan daripada buku itu telah merosakkan imej beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang telah berkhidmat selama 33 tahun.
"Apa yang ditulisnya dalam buku setebal 248 muka surat itu adalah tidak betul, dia menggambarkan seolah-olah saya seorang pemalas dan tidak dapat menangani pendakwaan dalam perbicaraan berkaitan dana SRC International," menurut laporan itu.
Mohamad Hanafiah yang kini merupakan peguam berkata petikan itu merujuk kepada persiapan pasukan pendakwaan dalam kes membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2018, semasa beliau menjadi ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Petikan itu jelas tidak benar dan mempunyai konotasi serta nuansa yang saya tidak dapat memimpin atau mengetuai pasukan pendakwaan, menunjukkan saya lebih selesa dengan tugas-tugas pentadbiran.
"Sebaliknya, setelah Thomas mengarahkan saya meneliti kertas siasatan (IP) untuk kes SRC, saya membentuk pasukan TPR terbaik dan paling berpengalaman untuk meneliti semua pernyataan di IP dan untuk menyiapkan pendakwaan berdasarkan pernyataan yang juga melibatkan pelbagai urus niaga kewangan yang kompleks.
"Isu saya memimpin pasukan pendakwaan tidak timbul, tetapi peranan saya adalah sebagai pegawai kanan undang-undang yang memiliki pengalaman luas dalam pendakwaan, namun Thomas telah memberitahu bahawa dia akan mengetuai pasukan.
"Untuk kes yang begitu besar, memang tepat bagi seorang Peguam Negara menerajui pendakwaan, seperti yang dilakukan oleh peguam negara sebelumnya," kata bekas TPR yang berumur 60 tahun itu.
Mohamad Hanafiah berkata beliau terlibat dalam persediaan perbicaraan, namun dua atau tiga bulan sebelum perbicaraan dijadualkan bermula, Thomas memberitahu bahawa beliau (Mohamad Hanafiah) tidak akan terlibat, sebaliknya diarahkan untuk memberi tumpuan kepada tugas-tugas pentadbiran di pejabat Peguam Negara.
"Beliau tidak pernah beritahu saya pada bila-bila masa bahawa saya sepatutnya mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes SRC, atau memberitahu saya tidak berkebolehan untuk mengetuai pasukan," katanya.
Sehubungan itu Mohamad Hanafiah menggesa polis supaya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah terhadap beliau dan juga pegawai-pegawai di Jabatan Peguam Negara, di samping merosakkan reputasi dan nama baik jabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Mohamad Hanafiah mendakwa petikan buku tulisan Thomas itu telah merosakkan imej beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang telah berkhidmat selama 33 tahun. - Gambar fail

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.