KUALA LUMPUR:Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff terhadapnya berhubung laporan rencana membabitkan kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar itu yang diterbitkan dalam dua portal berita.
Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk membatalkan saman tersebut yang difailkan pada 14 Okt tahun lepas.
"Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan (Mujahid) bahawa tuntutan saman itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Mahkamah membenarkan permohonan Mujahid dengan kos RM5,000," katanya ketika dihubungi pemberita selepas keputusan permohonan tersebut menerusi prosiding dalam talian (e-review) hari ini.
Menerusi writ saman dan penyataan tuntutan yang difailkan pada 28 Julai tahun lepas, Kamarul Zaman, 51, mendakwa Mujahid selaku defendan telah menerbitkan dua rencana berunsur fitnah membabitkan kenyataannya di dua portal berita dalam talian iaitu The Malaysian Insight dan Malaysia Dateline bertajuk "Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan" selain mendakwa rencana itu juga dimuat naik menerusi laman Facebook Mujahid dan Parti Amanah Negara.
Kamarul Zaman mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang ahli akademik murahan, berfikiran jumud dan rasis serta 'menyerang' parti politik Amanah.
Plaintif menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu adalah tidak benar dan telah diterbitkan oleh defendan dengan berniat jahat dan menuntut antaranya ganti rugi RM5 juta termasuk ganti rugi teladan dan keterlaluan, faedah, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021

Mahkamah membenarkan permohonan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk membatalkan saman tersebut yang difailkan pada 14 Okt tahun lepas. - Gambar fail/ Astro AWANI

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.