PUTRAJAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) , pada Rabu.
Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken di luar Persidangan Peringat Tinggi: "Panggilan Untuk Bertindak: Respons Kemanusiaan Segera untuk Gaza" di Jordan.
Blinken juga telah menzahirkan sokongan Amerika Syarikat ke atas Kepusatan ASEAN dan penghargaan kepada Malaysia menyokong resolusi diusulkan Amerika Syarikat, yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Jun 2024.
Mohamad berada di Jordan mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan peringkat tinggi itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen King Hussein bin Talal, Laut Mati, Jordan, pada 11 Jun.
Persidangan Peringkat Tinggi ini telah dianjurkan oleh Jordan, Mesir dan (PBB) untuk menggembleng sokongan masyarakat antarabangsa bagi meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sebanyak 75 perwakilan terdiri daripada Ketua-Ketua Negara/ Kerajaan dan Menteri, Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa dan pihak berkepentingan telah menyertai persidangan itu.
Semasa persidangan itu, Mohamad mengalu-alukan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024), yang antara lain, menyeru untuk gencatan senjata segera, kekal dan berkesan, menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan dengan segera dan tanpa halangan, serta pembinaan semula Gaza.
Beliau juga telah menekankan agar semua pihak menyokong usaha-usaha ke arah mencapai penyelesaian damai dengan menangani punca utama konflik, iaitu pendudukan haram dan kezaliman Israel; mensabitkan akauntabiliti melalui pendekatan "reparative" ke atas Israel dan memperkasakan usaha-usaha penyampaian bantuan kemanusiaan PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken di Jordan. - Facebook Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.