DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul bagi memulihkan semula ekonomi negara, serta hubungan dengan negara luar yang selama ini ‘agak jauh’ akibat penularan COVID-19.
Katanya beliau sendiri telah mula melakukan lawatan ke negara-negara ASEAN seperti Thailand, Brunei dan Singapura, untuk merapatkan semula ikatan dengan negara-negara tersebut, diikuti dengan negara-negara Timur Tengah seperti Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu.
Ismail Sabri berkata perkara ini penting bagi menarik pelaburan asing, yang akan membantu proses pemulihan ekonomi berjalan seperti yang dirancangkan.
“Kerajaan tidak mahu melihat ada gangguan dalam proses tersebut, yang kita anggap satu tugas besar demi menjamin kebajikan rakyat dan negara,” katanya pada Majlis Perjumpaan Keluarga Malaysia di Doha malam tadi.
Kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di Qatar hadir ke majlis tersebut.
Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.
Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.
Dalam ucapan aluannya, Zamshari berkata terdapat kira-kira 4,580 rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa berada di Qatar, yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan dan golongan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, teknikal, kejuruteraan dan juga industri minyak dan gas.
“Dengan Doha menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 2022 pada November, rakyat Malaysia di Doha juga boleh menjadi ‘duta’ dan ‘menteri luar’, bagi mempromosikan Malaysia dan kepelbagaian budayanya kepada dunia,” katanya.
Hari ini, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani, sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.
Memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak sekian lama, merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik, selain bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
Ismail Sabri berucap pada majlis perjumpaan #KeluargaMalaysia bersama rakyat Malaysia Sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Doha, Qatar malam tadi. --fotoBERNAMA
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.
Petani Thailand langgar larangan bakar sisa tanaman dikenakan tindakan tegas
Kerajaan Thailand akan mengambil tindakan tegas kepada petani yang melanggar larangan membakar sisa tanaman yang menyumbang kepada pencemaran udara di negara itu.
Indonesia pertingkat fokus isu keselamatan makanan, ekonomi
Kabinet Merah Putih Indoensia yang diterajui Presiden Prabowo Subianto akan terus mempertingkatkan fokus kepada isu keselamatan makanan dan pertumbuhan ekonomi.
6.7 trilion Rupiah dana negara berjaya dipulihkan
Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan, Budi Gunawan berkata, kejayaan ini membuktikan komitmen tegas kerajaan dalam memerangi rasuah dan memastikan aset negara dikembalikan untuk kepentingan rakyat.
Indonesia import sekitar 54 peratus minyak mentah dari Singapura
Sasaran memingkatkan pengeluaran minyak mentah Indonesia adalah berasas kerana negara republik itu ketika ini mengimport sekitar 54 peratus daripada bekalannya dari Singapura.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.