PUTRAJAYA: Malaysia dan New Zealand menzahirkan komitmen dalam memperkasakan dan mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor peralihan tenaga, perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pertahanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dizahirkan sewaktu menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand Winston Peters di bangunan Perdana Putra pada petang Jumaat.
"Kami juga saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuklah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025," kata Anwar dalam kenyataan hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon ke Malaysia pada awal September nanti.
"Semoga hubungan Malaysia dan New Zealand akan terus diperkukuh dan diperhebat demi manfaat bersama kedua-dua negara," kata Anwar.
Turut serta dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Peters kini dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia yang merupakan persinggahan kedua dalam rangka lawatan beliau ke empat negara Asia Tenggara, selepas Vietnam. Lawatan kerja itu mencerminkan dasar-dasar New Zealand yang mengutamakan kerjasama dengan negara-negara di rantau itu yang sedang membangun dengan dinamik.
Malaysia dan New Zealand memulakan hubungan diplomatik pada 25 Sept 1967 dan sejak itu, hubungan antara kedua-dua negara terus kukuh dan stabil.
Malaysia secara konsisten menyambut baik kehadiran pelancong yang semakin meningkat dari New Zealand setiap tahun, dengan 18,238 pelancong melawat negara pada 2022. Selain itu, 17,000 rakyat Malaysia ketika ini menetap di New Zealand.
Di rantau Pasifik, Malaysia merupakan rakan dagangan kedua terbesar New Zealand, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM6.32 bilion (US$1.42 bilion) setakat Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Anwar mengadakan pertemuan dengan Winston Peters ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri New Zealand yang juga Menteri Luar itu, di Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).

PM Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin dengan pemimpin Belgium, EU - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia-Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.

PM Anwar akhiri lawatan kerja di UK, berlepas ke Belgium
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) hari ini.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).

Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.

PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.

PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.