GEORGE TOWN: Malaysia menyaksikan peningkatan ketara bagi kes penipuan dalam talian sejak dua tahun kebelangan ini, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Beliau berkata antara tahun 2020 dan 2022, jumlah aduan berkaitan penipuan telah meningkat sebanyak 100 peratus.
"Daripada hanya 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 pada tahun 2022, dengan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.
"Pada tahun 2022, aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima oleh pihak kami," katanya kepada media di program Bersama InvestSmart @Penang 2023 yang telah dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya telah menyenaraikan seramai 267 nama ke dalam Senarai Peringatan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan tahun lepas.
Di samping itu, Awang Adek berkata pada suku pertama tahun ini sebanyak 84 entiti ditambahkan dalam senarai SC itu dan menyekat sebanyak 61 laman web dan 80 akaun media sosial.
"Bagi saya, ini satu tahap yang membimbangkan," katanya.
Awang Adek berkata pihaknya secara berterusan, mengambil tindakan untuk menyekat dan membanteras aktiviti penipuan atau scam, yang semakin berleluasa di negara ini.
Sementara itu, bagi meningkatkan tahap celik kewangan rakyat dalam pelaburan, pihaknya telah menganjurkan program Bersama InvestSmart @Penang 2023, yang dianjurkan dari 26 hingga 28 Mei.
Program itu melibatkan seramai 38 peserta pameran termasuk Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), Bursa Malaysia Berhad, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Pentadbir Pencen Swasta (PPA) dan beberapa pemain industri pasaran kewangan dan modal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Awang Adek berkata, pada suku pertama tahun ini, 84 entiti ditambahkan dalam Senarai Peringatan Pelabur SC dan 61 laman web dan 80 akaun media sosial disekat. - Gambar fail/BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil
Mereka turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.