KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.

Menurut hantaran di platform X pada Isnin, SC mengingatkan pelabur supaya berhati-hati dengan entiti klon berpotensi yang mungkin menyamar sebagai entiti sah.

Pihak kawal selia itu menyenaraikan Maybank Investment, Maybank Syariah Telegram Group, HSBC Bank Investment 24, HSBC Bank Official, Pelaburan Syarikat HSBC Malaysia, Berjaya HSBC Investment Malaysia, ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), ASNB Investment Malaysia sebagai entiti klon yang berpotensi.

"Entiti klon yang berpotensi lain ialah Tengku Idris FX, Bursa Malaysia Biz, iFast Capital 212, TH Plantations, Bursa Malaysia, Musaffa Investment, UOB Kay Hian, Southern Stock Broker, Artisan Partners, ATS-P dan Vettons Fintech Esos," jelasnya.

SC juga menyenaraikan Sahabat Trader, MMCT Pro, Capital Insight Network, Deus Technology, L-Trader, Compassion Capital Managers, Dira Trader dan Secured Prime Trade sebagai entiti yang tidak sah.

Layari laman web rasmi SC untuk mendapatkan maklumat lanjut di https://www.sc.com.my/investor-alert-list.

-- BERNAMA