KEPALA BATAS: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 menjadi medan terbaik untuk orang ramai khususnya di utara tanah air mendalami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan.
Bertemakan ‘Bijak Melabur, Santai Berhibur’, MSAM kali ini diadakan secara hibrid, membolehkan pengunjung melawat gerai pameran di Bertam serta menikmati kandungan digital secara langsung melalui halaman Facebook dan Youtube ‘minggusahamamanahmalaysia’.
Elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diterapkan dalam gerai pameran, aktiviti serta kandungan sepanjang karnival berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Muzzaffar Othman berkata, menerusi karnival literasi kewangan terbesar Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk membantu rakyat memahami kepentingan menguruskan kewangan pada masa depan.
“ASNB membuka ‘booth’ seperti kaunter, jadi pengunjung yang datang boleh membuka akaun, membuat wakaf, mengemas kini maklumat peribadi, membuat hibah, menambah pelaburan dan juga bermacam-macam aktiviti lagi.
"Jadi, sekiranya pengunjung datang kaunter kita akan memberikan khidmat nasihat kepada mereka.
“Kami berterima kasih kepada pelabur-pelabur kerana masih memberi kepercayaan kepada PNB.
"Dan kami berharap pengunjung dapat memulakan pelan kewangan masing-masing... dan boleh datang ke sini dan belajar serta mendengar khidmat nasihat mengenai pelaburan yang bersesuaian untuk mereka sebagai persediaan simpanan kewangan mereka pada masa depan," kata Muzzaffar ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata, bagi memeriahkan acara, MSAM kali ini menawarkan hadiah yang lebih lumayan dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.4 juta termasuk sebuah rumah teres satu tingkat di Setia Fontaines, Bertam.
“Pelbagai hadiah lumayan termasuk sebuah rumah teres satu tingkat di Setia Fontaines ditawarkan kepada pengunjung yang berdaftar dengan aplikasi PNB Events.
"Turut akan diberikan, sebuah kereta elektrik jenis BYD Atto 3 Standard Range, Toyota Vios 1.5G AT, Perodua Axia 1.0L AV, motosikal Yamaha MT25 dan banyak lagi.
"Setiap hari pengunjung boleh memenangi barang elektrik. Jadi, saya minta semua pengunjung datang tengok dan belajar, insya-Allah sekiranya ada rezeki boleh menang,” kata Muzzaffar.
MSAM 2023 berlangsung di Setia Fontaines Bertam, di sini, bermula 30 Sept hingga 8 Okt ini.
Ia melibatkan kira-kira 50 pempamer terdiri daripada syarikat-syarikat Kumpulan PNB, ejen ASNB, badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri.
Astro Awani
Sun Oct 01 2023

MSAM 2023 berlangsung di Setia Fontaines Bertam, di sini, bermula 30 Sept hingga 8 Okt ini. - Gambar/ Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

MSAM 2023, warga emas menang rumah teres RM500,000
Warga emas berusia 71 tahun menjadi pengunjung paling bertuah apabila menang sebuah rumah teres bernilai RM500,000 di MSAM) 2023 hari ini.

MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.

MSAM 2023: Peluang dalami ilmu pelaburan dan menang sebuah rumah
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 menjadi medan terbaik untuk orang ramai khususnya di utara tanah air mendalami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan.