KEPALA BATAS: Warga emas berusia 71 tahun menjadi pengunjung paling bertuah apabila menang sebuah rumah teres bernilai RM500,000 di Setia Fontaines Amansara North, Bertam pada Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 hari ini.
Mat Zin Husin, yang berasal dari Kampung Banggol Sawa, Pendang Kedah ketika ditemui berkata dia terkejut namanya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kerana tidak berharap langsung untuk menang sebarang hadiah memandangkan hanya suka-suka mengantar penyertaan.
Katanya dia mengetahui namanya terpilih sebagai seorang daripada tiga pemenang cabutan e-Peraduan Utama selepas menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur malam tadi, tetapi tidak menyangka akan menang rumah.
"Pak cik saja jalan-jalan ikut anak ke MSAM pada hari pertama penganjurannya 30 Sept lepas dan jawab sekali saja dengan dibantu anak yang turut menghantar penyertaan.
"Tak sangka pula dalam ribuan penyertaan nama pak cik yang terpilih. Apa pun, syukur Alhamdulillah dan pak cik anggap ini rezeki," kata bapa kepada empat anak itu ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid sambil disaksikan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Selain Mat Zin, dua lagi pengunjung bertuah yang menyertai e-Peraduan Utama turut menerima hadiah masing-masing berupa sebuah motosikal Yamaha MT24 dan Perodua Axia 1.0.
Umi Kalsum Yaakub, 45, dari Semenyih, Selangor yang menang motosikal berkata dia datang bercuti ke Pulau Pinang untuk menenangkan fikiran bersama enam anak selepas kehilangan suami pada Mac lepas dan singgah ke MSAM untuk meninjau kemeriahan di situ, tetapi tidak menyangka akan bawa pulang hadiah.
"Saya berkunjung ke MSAM pada Rabu lepas dan masuk peraduan sekali saja, lepas itu pulang semula ke Semenyih.
"Malam tadi dapat panggilan beritahu saya menang, tapi mulanya saya sangka 'scammer'. Saya tiba di sini (Bertam) pukul 3 pagi tadi dan syukur walaupun tidak dapat rumah, saya tetap bawa balik motosikal," katanya.
Sementara itu, suri rumah Normah Bongsu,29, dari Sungai Petani, Kedah pula berkata dia tetap gembira apabila membawa pulang kereta Perodua Axia walau pun pada mulanya menyasarkan untuk menang rumah.
Dia yang merupakan pengunjung tegar MSAM, berkata tidak melepaskan peluang untuk hadir ke karnival tersebut setiap kali diadakan kerana mahu mencuba nasib untuk merebut hadiah yang ditawarkan.
"MSAM pertama yang saya pergi adalah di Sungai Petani, Kedah dan kemudian di Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Saya gembira kerana usaha saya masuk pertandingan ini akhirnya membuahkan hasil. Ini merupakan kali pertama saya menang dan dapat kereta," katanya.
MSAM 2023 yang berlangsung selama sembilan hari bermula 30 Okt lepas berjaya mencatatkan jumlah pengunjung lebih 200,000 orang serta penglibatan menggalakkan di semua platform digital yang diadakan dalam bentuk hibrid, secara fizikal dan maya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Pemenang bertuah (dari kiri) Normah Bongsu, Mat Zin Husin dan Umi Kalsum Yaakub menunjukkan hadiah masing-masing yang diterima pada Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 hari ini. - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

MSAM 2023, warga emas menang rumah teres RM500,000
Warga emas berusia 71 tahun menjadi pengunjung paling bertuah apabila menang sebuah rumah teres bernilai RM500,000 di MSAM) 2023 hari ini.

MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.

Dalami ilmu pelaburan, perancangan kewangan di Minggu Saham Amanah Malaysia
Acara untuk mendidik para pengunjung tentang pengurusan kewangsan dan konsep asa pelaburan.