KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mewujudkan Skim Penyelesaian Pertikaian Bersepadu (IDRS) yang akan dikenali sebagai Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) bagi sektor kewangan dan pasaran modal, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
"IDRS akan ditubuhkan pada 2025 melalui penggabungan di antara Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC) yang menawarkan perhidmatan penyelesaian pertikaian alternatif untuk sektor pasaran modal di bawah kawal selia SC.
"Penggabungan ini diharapkan dapat meningkatkan sinergi operasi skim penyelesaian pertikaian kewangan dan pelaburan di samping memastikan proses penyelesaian lebih mudah, lancar dan percuma kepada pengguna kewangan dan pelabur," menurut MoF dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian berkata demikian menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai sama ada kerajaan berhasrat membubarkan OFS atas sebab ketidakberkesanan untuk melindungi hak pengguna institusi kewangan dan kegagalan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia.
MoF memaklumkan dalam tempoh 19 tahun, OFS telah menyelesaikan hampir 32,000 pertikaian kewangan secara percuma kepada pengguna.
Pada 2023, OFS telah menerima 1,246 pertikaian daripada pengguna kewangan, dengan 62 peratus daripadanya adalah berhubung industri perbankan dan 33 peritus adalah berkenaan industri insurans dan takaful, tambah kementerian itu.
Menurut MoF, OFS berjaya mendapatkan penyelesaian secara baik melibatkan pertikaian berjumlah RM6.8 juta (RM51.3 juta sejak 2018).
Kaji selidik yang dibuat OFS setiap tahun menunjukkan peratus pembuat aduan yang berpuas hati dengan perkhidmatan OFS adalah di antara 55 peratus dengan 74 peratus sejak 2018, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan. - Foto fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.