Ramalan pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bagi 2018 meletakkan Malaysia dalam kategori negara hebat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi itu yang jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat, 2.5 peratus, UK (1.4), Jepun (1.4), Jerman (2.4) dan Singapura (2.5), sekali gus menepis gambaran yang sering diberikan oleh pembangkang bahawa Malaysia akan muflis.
"Unjuran pertumbuhan ekonomi global Bank Dunia untuk 2018 adalah 3.1 peratus iaitu 2.2 peratus untuk ekonomi maju dan 4.5 peratus untuk pasaran baru dan ekonomi negara membangun.
"Di rantau Asia Timur dan Pasifik, ramalan pertumbuhan ekonomi adalah 6.2 peratus hingga 6.4 peratus untuk China dan 5.3 peratus untuk Indonesia. Pertumbuhan ekonomi 2 hingga 3 peratus dianggap biasa manakala 5 peratus dan ke atas adalah dianggap hebat," katanya menerusi catatan di laman rasmi blog beliau, malam tadi.
Salleh berkata pembangkang sering memperdengarkan retorik yang menggambarkan Malaysia akan muflis, termasuk calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Malaysia akan hancur.
"Sebenarnya, ini merupakan pembohongan oleh pihak pembangkang dan apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan dengan apa yang mereka dakwa,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2018
Ramalan pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus bagi 2018 meletakkan Malaysia dalam kategori negara hebat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
Ekonomi Singapura berkembang 4.3 peratus pada suku keempat pada 2024 - MTI
Bagi sepanjang tahun itu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 4.0 peratus, mengatasi pertumbuhan 1.1 peratus pada 2023.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Innovathon musim ke-2: 'Puncture Proof Self Healing Tyre' juara minggu keempat
Inovasi tersebut menghasilkan tayar motorsikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya tertusuk benda tajam seperti paku atau jalan berlubang.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.