KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain memudahkan urusan perniagaan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata perkara itu dizahirkan pada pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang juga Pemerintah Abu Dhabi, semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Abu Dhabi pada 5 dan 6 Okt lepas.
Perdana Menteri berkata lawatan kerja yang hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam itu menyaksikan beliau turut bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di negara itu.
"Dalam lawatan yang singkat tersebut, Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 bilion) dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.
"Insya-Allah, saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Perdana Menteri berkata perkara itu dizahirkan pada pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang juga Pemerintah Abu Dhabi, semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Abu Dhabi pada 5 dan 6 Okt lepas. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma