Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), dalam urus niaga bernilai 67.5 juta pound (1 Pound = RM5 .43).
Vortex, yang diuruskan oleh EFG Hermes, akan terus mengekalkan pemegangan saham jangka panjang sebanyak 5.0 peratus dalam Vortex Solar, setelah memperoleh aset pengeluar PV solar berkuasa 365 MW di United Kingdom daripada TerraForm Power pada Januari 2017.
Langkah ini seiring dengan strategi Vortex untuk meninjau pelabur utama dari seluruh dunia untuk mempelbagaikan asas rakan kongsinya.
"Transaksi ini menunjukkan keupayaan kami untuk menggunakan lembaran imbangan kumpulan dengan berkesan di bawah strategi perbankan saudagar kami untuk menyokong perniagaan teras kami dalam menyampaikan sasaran pelaburannya, mewujudkan pertumbuhan aset di bawah pengurusan (AUM) dan memberikan pulangan segera serta jangka panjang untuk pemegang saham kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif EFG Hermes Group, Karim Awad, dalam satu kenyataan hari ini.
"Dengan memuktamadkan penjualan kepada KWAP, kami berjaya melengkapkan kitaran pengunderaitan bagi Vortex Solar dalam masa kurang daripada 12 bulan," kata Karim.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata perkongsian dengan Vortex menunjukkan komitmen KWAP terhadap kelestarian alam sekitar dalam pelaburannya.
"Ini menandakan pelaburan langsung pertama kami dalam sektor tenaga boleh diperbaharu, yang secara strategiknya meletakkan KWAP sebagai pelabur bersama kewangan pilihan untuk pengembangan industri ini.
"Selain itu, sebagai pelabur, kami berhasrat untuk meningkatkan pendedahan kami dalam aset sebenar, dan tenaga boleh diperbaharu merupakan antara sektor yang paling aktif dalam kelas aset infrastruktur bagi aliran urus niaga, di peringkat global. Kami melihat ini sebagai peluang yang akan memberikan pendapatan pelaburan yang menarik kepada dana di samping menyokong usaha ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) kami," katanya.
Apabila penyelesaian transaksi berkenaan, pemegangan Vortex Solar akan menjadi 50 peratus Tenaga Nasional Bhd (TNB), 45 peratus KWAP dan 5.0 peratus Vortex.
Urus niaga berkenaan dijangka selesai dalam beberapa minggu yang akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017

Vortex menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma