KUALA LUMPUR: Itali bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam industri angkasa dengan Malaysia serta membantu negara mencapai aspirasinya menjadi pemain utama dalam sektor itu menjelang 2030.
Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico berkata terdapat potensi besar untuk kerjasama dalam sektor itu antara kedua-dua negara.
Menurut beliau walaupun Itali telah menjadi peneraju global dalam industri angkasa, Malaysia mempunyai ekosistem yang progresif dan menguntungkan yang menyokong pembangunan industri angkasa lepas.
Beliau berkata ini termasuk kerajaan yang komited, kecemerlangan dalam pendidikan teknikal dan kejuruteraan, bakat-bakat muda dan pelaburan serta pertumbuhan industri teknologi tinggi.
"Terdapat potensi besar untuk kerjasama antara Agensi Angkasa Itali (ASI) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), untuk membangunkan teknologi, program, berkongsi pengalaman," katanya kepada media pada sambutan Hari Angkasa Kebangsaan Itali 2023 yang diadakan di kediamannya di sini, pada Rabu.
Rustico berkata buat masa ini kedua-dua pihak sedang bekerjasama untuk merumuskan satu perjanjian kerjasama strategik dalam industri angkasa dan beliau berharap untuk memuktamadkan perjanjian itu pada tahun depan.
"Kami berada pada frekuensi yang sama. Saya boleh jamin bahawa kami dan rakan-rakan kami di Rom, kami amat gembira untuk melangkah ke hadapan bekerjasama dengan rakan-rakan dan rakan sejawat di Malaysia. Banyak yang perlu dilakukan," katanya.
Ketua Pengarah MYSA AzliKamil Napiah yang turut hadir pada majlis itu berkata antara aspek utama kerjasama itu akan melibatkan sains angkasa dan penerokaan, teknologi angkasa termasuk infrastruktur dan perkhidmatan tapak, aplikasi angkasa lepas seperti penderiaan jauh, navigasi dan aplikasi satelit komunikasi.
Beliau berkata bidang tumpuan lain bagi kerjasama yang dicadangkan adalah dalam pembangunan produk dan pengkomersilan serta dalam pendidikan angkasa lepas dan pembinaan kapasiti.
"Itali merupakan sebuah negara yang memainkan peranan penting dalam teknologi angkasa. Jadi kita melihat potensi untuk meneroka kerjasama strategik dengan Itali sangat besar, khasnya dalam aspek pembangunan peralatan instrumentasi dan pengoperasian aktiviti berkaitan angkasa, seiring dengan dasar Malaysia Space Exploration 2030 (MSE 2030).
"Kami juga berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar teknologi angkasa tempatan melalui kerjsama strategik ini," katanya kepada wartawan.
Azlikamil berkata pembangunan industri angkasa juga berpotensi besar menjadi penyumbang baharu kepada ekomomi negara dengan anggaran ia bakal menyumbang satu peratus ataupun sekurang-kurangnya RM10 billion kepada KDNK negara menjelang 2030.
Industri itu juga dijangka mampu mencipta 5,000 peluang pekejaan baharu dalam negara dalam tempoh yang sama, katanya.
Hari Angkasa Kebangsaan Itali 2023 yang disambut pada 16 Dis setiap tahun meraikan pencapaian Itali dalam bidang teknologi angkasa lepas dan bersempena dengan pelancaran satelit Itali pertama, San Marco 1 pada 16 Dis 1964.
Terdahulu, Rustico turut melancarkan pameran bertajuk "The Italian Spaceway: Towards IAC Milan 2024", sebagai pratonton kepada Itali yang menganjurkan Kongres Antarabangsa Astronautikal (IAC) ke-75 di Milan dari 14 hingga 18 Okt tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Duta Itali ke Malaysia Massimo Rustico (kanan) hadir bagi sambutan Hari Angkasa Kebangsaan Itali 2023 yang diadakan di kediamannya di ibu negara, pada Rabu. - Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Malaysia, Itali bakal jalin kerjasama dalam pembangunan industri angkasa
Itali bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam industri angkasa dengan Malaysia.

MOSTI gesa institusi kewangan, pelaburan membiayai industri berkaitan angkasa di Malaysia
Gesaan itu dibuat berikutan pembiayaan daripada kerajaan adalah terhad untuk sektor berkenaan setakat ini.

Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa tahun ini
Negara-Negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.

Pembangunan industri angkasa tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Setiu, Shaharuzukirnain Abd Kadir kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Serba Dinamik hasrat tubuh anak syarikat, ceburi industri angkasa
Anak syarikat itu akan menguruskan penglibatan dalam industri tersebut melalui peningkatan kapasiti dan perkongsian dengan pelbagai agensi serta pemain antarabangsa.