KUALA LUMPUR: Perancangan dalam pembangunan industri angkasa negara dan menarik pelaburan luar dalam sektor berkenaan antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Setiu, Shaharuzukirnain Abd Kadir kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Selain itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Tan yee kew pula meminta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan projek dan program untuk meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal yang lebih besar sepertimana disebutkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Pada sesi sama, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pula diminta menyatakan langkah menaikkan industri getah dengan kewajaran menaikkan harga lantai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM3 sekilogram.
Soalan itu diajukan Ahli Parlimen Sik iaitu Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris kepada Perdana Menteri mengenai usaha pemerkasaan, pendidikan pelaburan dan peningkatan kesedaran untuk galakkan rakyat mencipta kekayaan dan pendapatan pasif melalui pelaburan.
Ahmad Nazlan turut ingin tahu statistik pemilikan ekuiti dalam kalangan rakyat Malaysia melalui jenis pelaburan yang disertai.
Seterusnya adalah pertanyaan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen kepada Menteri Kanan Pertahanan mengenai kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS akan membawa kepada perlumbaan senjata Sino-Amerika Syarikat yang menjadikan Asia Pasifik menjadi kawasan rawan konflik.
Beliau turut ingin tahu bagaimana prinsip ASEAN Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) boleh dikekalkan.
Selesai sesi itu, Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa.
Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini.
Astro Awani
Sun Dec 12 2021

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.