KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, Serba Dinamik Group Bhd berhasrat menubuhkan anak syarikat baharu untuk menceburi industri angkasa pada suku ketiga tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, anak syarikat itu akan menguruskan penglibatannya dalam industri tersebut melalui peningkatan kapasiti dan perkongsian dengan pelbagai agensi serta pemain antarabangsa.
“Walau bagaimanapun, ketika pertumbuhan perniagaan dan industri berkembang, kami akan melihat keperluan perniagaan dan mencari penyelesaian terbaik yang dapat memberi manfaat kepada syarikat dalam memastikan kelangsungan perniagaan," katanya dalam sesi wawancaranya bersama Bernama.
Terbaharu, kumpulan perkhidmatan tenaga itu mengumumkan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memperkukuh lagi perkembangan ekonomi dan industri ruang angkasa di Malaysia.
Kumpulan itu turut menyifatkan Malaysia masih belum terlibat dalam ekonomi ruang angkasa baharu walaupun sudah bersedia untuk melakukannya.
Dalam pada itu, MYSA turut mengambil inisiatif melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Angkasa Malaysia 2020 yang dibentangkan untuk bacaan pertama tahun lalu.
Dalam perkembangan sama, Mohd Karim berkata, rancangan Serba Dinamik untuk menceburkan diri dalam ekonomi ruang angkasa bagi menghubungkan teknologi maklumat dan komunikasi.
Ini kerana, jelas beliau, ia merupakan salah satu kecekapan teras dalam syarikat menerusi penyambungan internet ke kawasan, khususnya yang masih tidak mempunyai sambungan internet di negeri yang dibekalkan atau tidak dibekalkan teknologi satelit.
"Ini penting untuk menyokong pelbagai inisiatif syarikat mengenai jurang teknologi yang memerlukan sambungan jalur lebar dan internet untuk merealisasikan penggunaannya," tambahnya.
Mohd Karim turut berkata, penyediaan kemudahan dan infrastruktur itu secara tidak langsung membuka pasaran lebih besar untuk industri berkaitan di bawah Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
"Ini turut menyumbang kepada pembangunan negara bangsa yang merupakan hasrat kerajaan pada dalam menyediakan hubungan dengan masyarakat,”jelasnya.
Tambahnya, peranan MYSA adalah memberi sokongan dan nasihat teknikal kepada syarikat dalam membantu Serba Dinamik merealisasikan objektifnya dan menembusi pasaran ekonomi ruang angkasa.
Serba Dinamik juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SWISSto12, yang merupakan pakar dalam teknologi pembuatan komponen untuk digunakan dalam satelit melalui percetakan 3D berpusat di Switzerland.
Melalui kerjasama itu, Serba Dinamik akan meningkatkan kemampuannya dalam bidang kejuruteraan bernilai tinggi yang diperlukan untuk menyokong ekonomi ruang angkasa.
Mohd Karim berkata, Serba Dinamik juga akan memupuk tenaga kerja dengan memberikan latihan dan pendidikan bagi mewujudkan kemahiran profesional untuk industri angkasa, sekali gus memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja diperlukan untuk menyokong industri ini.
"Kami juga akan berusaha berkongsi pengetahuan dari pemain industri menerusi kerjasama dengan pemain antarabangsa dalam bidang ini. Ia akan membantu syarikat memperoleh kemampuan kejuruteraan bernilai tinggi dalam memastikan Serba Dinamik menjadi salah satu pemain utama dalam industri angkasa lepas,” katanya.
Serba Dinamik juga akan meneruskan perniagaan minyak dan gas dan melihat ekonomi ruang angkasa itu sebagai salah satu penyumbang pendapatan syarikat.
Ditanya sama ada kumpulan itu merancang untuk keluar dari perniagaan minyak dan gas dengan usaha baru itu, Mohd Karim berkata, Serba Dinamik akan mengekalkan kehadirannya dalam industri berkenaan.
"Kehadiran Serba Dinamik dalam minyak dan gas akan berterusan dan ekonomi ruang angkasa akan masuk sebagai penyumbang utama pendapatan kumpulan ini. Serba Dinamik akan bertambah besar dan kuat dengan bahagian baru ini yang akan memastikan kelestarian kumpulan," ujarnya lagi.
Ehsan A Marisah
Thu Mar 11 2021

Serba Dinamik akan memupuk tenaga kerja dengan memberikan latihan dan pendidikan bagi mewujudkan kemahiran profesional untuk industri angkasa. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.

Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.