Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayinto berkata antara isu yang bakal dibincangkan adalah permintaan Indonesia terhadap gaji lebih tinggi bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.
"Ya, kita akan membincangkan tentang isu gaji lebih baik. Mesyuarat kumpulan kerja ini juga akan memfokus kepada mekanisme penghantaran pembantu rumah serta kebajikan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di sini," katanya dalam sidang akhbar pada Mesyuarat Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-14 di sini, hari ini.
Pada Mei lepas, Indonesia menghantar memorandum kepada kerajaan Malaysia untuk meminta supaya gaji minimum pembantu rumah Indonesia di Malaysia dinaikkan daripada RM700 kepada RM1,200 sebulan.
Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.
Mereka juga memberi justifikasi bahawa gaji yang lebih baik dapat membendung masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin.
Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh kebanyakan masyarakat di negara ini.
Bernama
Wed Oct 07 2015
Antara isu yang bakal dibincangkan adalah permintaan Indonesia terhadap gaji lebih tinggi bagi rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. -Gambar fail
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Desas-desus pemain KDA FC boikot latihan semakin kuat
Desas-desus mengenai pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memboikot sesi latihan susulan masalah pembayaran gaji semakin kuat, selepas perkara tersebut semakin tular di laman sosial.
Pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak
Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak.
Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim
Perak FC bersedia menyelesaikan isu tuntutan bayaran baki gaji susulan pemecatan dan penamatan kontrak bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim yang didakwa tidak sah di Mahkamah Perusahaan.
Khidmat kereta api rentas sempadan terjejas akibat mogok
Pemandu kereta api daripada 15 syarikat berbeza bertindak melancarkan mogok susulan pertikaian berhubung isu gaji.
PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.
Perak FC jamin bayar gaji pemain 7 Mac
Perak FC memberi jaminan bahawa isu tunggakan gaji pemain akan diselesaikan selewat-lewatnya 7 Mac ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perk FC, Muhammad Yunus Zakariah.
Bunyi tembakan gegarkan bandar kedua terbesar di Ivory Coast
Anggota-anggota tentera yang bertindak sendiri itu telah mengawal bandar tersebut yang dihuni oleh kira-kira setengah juta orang.
Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan
Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.