KUALA LUMPUR: Negara maju dan yang sedang membangun perlu bersama-sama di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala memulakan perjalanan panjang bagi mencapai pembangunan mampan dalam jangka masa panjang, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata usaha bersama oleh negara di seluruh dunia akan membantu menangani cabaran ekonomi dan sosial serta bersedia untuk masa depan yang lebih baik.
"Kita perlu menggandakan usaha untuk membuat kemajuan yang lebih besar dalam mencapai ekonomi global baharu yang berasaskan prinsip kemampanan, keterangkuman dan daya tahan," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Voice of Global South yang diadakan secara maya pada Jumaat.
Sidang kemuncak itu dihoskan oleh India, yang merupakan pengerusi semasa bagi forum antara kerajaan G20.
Tengku Zafrul berkata tahun ini dijangka menjadi tempoh yang lebih sukar bagi ekonomi global kerana dunia masih bergelut dengan pandemik dan cabaran hebat, yang dibentuk oleh kesan berpanjangan daripada pergeseran geopolitik yang masih jauh dari penyelesaian, krisis kos sara hidup ekoran tekanan inflasi yang berterusan, serta potensi kelembapan atau bahkan kemelesetan di beberapa ekonomi utama.
Justeru, Malaysia sebagai negara perdagangan akan terus memastikan perdagangan dan pelaburan kekal pemacu utama untuk mengekalkan trajektori pertumbuhannya, memulihkan keyakinan pelabur untuk meningkatkan pelaburan langsung asing, selain meneruskan komitmen dalam sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, katanya.
"Malaysia akan terus terlibat secara konstruktif di forum serantau dan pelbagai hala serta kekal terbuka untuk meneruskan perjanjian perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi secara aktif, yang akan membawa faedah ketara kepada negara yang mengambil bahagian," katanya.
Tengku Zafrul berkata Malaysia juga sedang melabur dalam kemampanan dan ekonomi hijau.
"Memandangkan harapan terhadap kemampanan dan agenda hijau meningkat, Malaysia juga merasai tekanan besar untuk membuktikan kelayakan kemampanannya dan terus menjadikan perkara itu sebagai bahagian penting dalam saranan nilai.
"Bagi tujuan ini, kerajaan telah membuat komitmen untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kemampanan alam sekitar dengan menyegerakkan pembangunan ekonomi kami dengan aliran alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global," katanya.
Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia, yang dilancarkan tahun lepas, telah dirangka dengan prinsip ESG sebagai terasnya.
Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini menerajui penggubalan Kerangka Kebangsaan ESG Industri untuk sektor pembuatan, dengan penekanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu PKS mematuhi prinsip ESG.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Tengku Zafrul berkata usaha bersama oleh negara di seluruh dunia akan membantu menangani cabaran ekonomi dan sosial serta bersedia untuk masa depan yang lebih baik. - Gambar fail
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
Jadilah jutawan pertama Zest-i Account, berpeluang membawa pulang wang tunai RM1 juta!
Maksimumkan peluang anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM5 juta dengan Zest-i Account.
Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.
Kerajaan kaji, teliti laporan syarat warga emas perbaharui lesen memandu
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak terburu-buru untuk meletakkan syarat dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan menetapkan syarat baharu bagi pemandu warga emas.
#AWANInews
#AWANInews
ASEAN Express hubungkan Malaysia-China jadi pengangkutan alternatif
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ASEAN Express akan membuka laluan pengangkutan rel masa hadapan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai pengangkutan alternatif.
#AWANInews
#AWANInews
Hidap kanser prostat, Kieran selesai uruskan wasiat
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio, Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat selesai.
Tekanan kerja: Pekerja UK paling tertinggi dalam kalangan negara Eropah
Laporan itu diterbitkan untukCommission for Healthier Working Lives untuk memperbaiki situasi pekerjaan yang diperlukan dalam perundangan baharu.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Mengurus risiko dalam aset pelaburan aset alternatif
Ketahui strategi pelaburan aset alternatif seperti Bitcoin, minyak, dan emas dengan memahami risiko dan ganjaran yang terlibat. Artikel ini membincangkan cara mengimbangi portfolio pelaburan anda untuk mencapai diversifikasi yang berkesan tanpa mengorbankan kecairan.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat, hampiri tahap negara maju
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
Kementerian Sumber Manusia sedang giat galakkan ekosistem modal insan - Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia sedang giat bekerjasama dengan pemain industri untuk mengalakkan pembangunan yang memberangsangkan ekosistem modal insan tempatan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
[KOLUMNIS] Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama
Keadaan stamina fizikal, minda dan emosi seseorang pekerja perlu berada dalam keadaan yang baik dan tenang untuk mengelakkan kesilapan dalam melakukan kerja.
Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, John Kerry, semalam.
Malaysia Madani langkah pacu pembangunan negara - Zahid
Konsep 'Malaysia Madani' adalah langkah negara melakukan anjakan paradigma bagi memacu pembangunan negara ini seiring dengan negara maju, kata Ahmad Zahid.
Malaysia gesa negara maju, sedang membangun bersama-sama dalam pembangunan mampan
Usaha bersama oleh negara di seluruh dunia akan membantu menangani cabaran ekonomi dan sosial serta bersedia untuk masa depan yang lebih baik.
Ramai buruh kanak-kanak di negara maju dan membangun - Pakar
Semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.