BERLIN/ANKARA: Penggunaan buruh kanak-kanak didapati meningkat dalam rantaian bekalan negara maju dan blok seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Norway dan Switzerland, kata seorang pakar sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, aktivis hak asasi manusia, wartawan, perunding politik dan usahawan sosial Fernando Morales-de la Cruz berkata terdapat lebih 300 juta kanak-kanak bekerja di seluruh dunia.
Sambil menyatakan buruh kanak-kanak boleh memudaratkan perkembangan fizikal, psikologi atau emosi kanak-kanak, Morales-de la Cruz berkata: "300 juta kanak-kanak ini sangat menderita."
Beliau berkata semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.
Pandemik COVID-19 juga membawa kepada peningkatan dalam buruh kanak-kanak.
"Semasa pandemik COVID-19, kita juga melihat peningkatan kemiskinan yang ketara. Pekerjaan kanak-kanak meningkat apabila kemiskinan meningkat kerana buruh kanak-kanak adalah hasil daripada kemiskinan tegar," tambahnya.
"...Ini masalah yang sangat serius, sepatutnya kita perlu mempunyai sistem berasaskan kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia. Tetapi apabila anda melihat rantaian bekalan mereka dan pelaburan mereka, mereka tidak menghormati hak kanak-kanak," katanya.
Menurut kajian terbaru Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan UNICEF yang diterbitkan pada 10 Jun 2021, bilangan kanak-kanak yang diambil bekerja sebagai buruh di seluruh dunia meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencecah 160 juta.
Laporan yang diterbitkan pada 14 September tahun ini oleh Universiti Zurich pula mendedahkan terdapat lebih 373 juta kanak-kanak di seluruh dunia kini bekerja.
Menurut angka rasmi, kira-kira satu daripada setiap 10 kanak-kanak di seluruh dunia bekerja sebagai buruh dengan peratusan meningkat kepada satu daripada setiap lima kanak-kanak di negara membangun.
Sesetengah kanak-kanak ini bekerja dalam pekerjaan berbahaya yang boleh membahayakan kesihatan, keselamatan dan moral mereka.
--- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang. - AP

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis selamatkan 137 termasuk kanak-kanak mangsa eksploitasi buruh
Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.

Jumlah kanak-kanak bekerja dan jadi buruh di Filipina meningkat pada 2021
Bilangan buruh kanak-kanak yang melakukan kerja berbahaya dan berada berjam-jam dalam persekitaran berbahaya turut meningkat.

Ramai buruh kanak-kanak di negara maju dan membangun - Pakar
Semakin ramai kanak-kanak menjadi buruh antaranya disebabkan model perniagaan yang tidak berperikemanusiaan dan menyalahi undang-undang.

8 kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Delta Nil
Mangsa antara 12 penumpang yang menaiki beca dalam perjalanan pulang dari kerja di sebuah kilang.

Sembilan akta bakal dipinda - Menteri Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia dalam proses meminda dan menaik taraf sembilan akta berkaitan pekerjaan yang dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.