KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia sedang giat bekerjasama dengan pemain industri untuk mengalakkan pembangunan yang memberangsangkan ekosistem modal insan tempatan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata langkah itu adalah antara usaha penting untuk memacu aspirasi Malaysia menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.
"Untuk mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi ini, negara tidak mampu kehilangan kumpulan tenaga mahir kerana kekurangan prospek kerjaya yang baik atau sistem pembangunan modal insan yang ketinggalan," katanya dalam ucapan perasmian dan pelancaran Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan dan melancarkan acara dua hari itu yang bermula hari ini.
Sementara itu ketika ditemui pemberita Sivakumar berkata tenaga mahir negara kini berada pada kadar 27 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan negara iaitu mencapai tahap 35 peratus menjelang 2030.
"Saya telah meminta jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk pastikan negara berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran itu dengan memberikan latihan yang sewajarnya dan tidak ada yang tidak sepadan," katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dalam satu kenyataan bersama berkata persidangan bertemakan 'Pioneering Growth, Inspiring Change' NHCCE 2023 membariskan 30 penceramah dan antaranya ialah pakar modal insan terkenal dunia, pengamal sumber manusia dan pakar di dalam bidang berkenaan.
NHCCE, persidangan dan pameran modal insan terbesar di Asia Tenggara disertai kira-kira 4,000 peserta tempatan dan antarabangsa dengan 400 pempamer yang menyediakan trend terkini termasuk model peningkatan kemahiran dan teknologi baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ketika menyampaikan ucapan perasmian pada pelancaran Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) hari ini. - Foto Facebook KSM
Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja
Lima lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei tempah pusingan 16
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-Lea Palermo, 21-19 21-17.
WEF 2025: Realiti peralihan tenaga ada cabaran unik Asia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Aziz menekankan kerumitan dalam melaksanakan peralihan tenaga sambil mengimbangi realiti ekonomi, khususnya di Asia. Beliau menegaskan bahawa walaupun usaha global ke arah tenaga boleh diperbaharui adalah penting, laluan peralihan tenaga di Asia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati, mengambil kira cabaran unik di rantau ini.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
'Doktor' Ayurveda bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang 'doktor' ayurveda palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong, Selangor.
Dr Dzulkefly junjung agenda banteras buli
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beliau sedar dan insaf tentang tekanan kerja yang dialami mendiang Dr Tay, biarpun ia sememangnya memenuhi huraian kerja mendiang.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Kematian Dr Tay tiada insiden buli
Tiada sebarang insiden buli yang berlaku di Hospital Lahad Datu, hingga menyebabkan kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu, Dr Tay Yien Yaa, seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.//
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.