KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tangga 25 daripada 123 negara dari segi penyertaan ke misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setakat 31 Mac, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata ini menjadikan Malaysia antara negara terbesar menyumbang bilangan anggota kepada misi pengaman PBB, melibatkan 859 pegawai dan anggota termasuk 98 wanita dalam lima misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Wilayah Abyei, Sudan Selatan dan Congo.
"Penglibatan Malaysia dalam pasukan pengaman mencerminkan komitmen negara dalam sistem pelbagai hala dan mempamerkan keprihatinan Malaysia untuk memastikan keamanan dan keselamatan di peringkat global.
"Selain itu, Malaysia juga telah memainkan peranan aktif dalam PBB dan telah dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak empat kali iaitu pada 1965, 1989 hingga 1990, 1999 hingga 2000 dan 2015 hingga 2016," katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai yang ingin tahu peranan Malaysia dalam pasukan pengamanan dan bidang keselamatan global sejak menjadi ahli PBB.
Beliau berkata Malaysia secara konsisten mengambil bahagian dalam debat dan taklimat terbuka di Majlis Keselamatan PBB walaupun tidak lagi menjadi ahli tidak tetap majlis untuk berkongsi pandangan dan mengetengahkan pendirian negara mengenai isu-isu yang dipertimbangkan majlis itu.
Menurut Mohamad menerusi keanggotaan Malaysia dalam PBB, negara akan terus memainkan peranan aktif di persada antarabangsa dengan mengambil bahagian dalam rundingan penggubalan resolusi-resolusi di Perhimpunan Agung PBB.
Katanya ini untuk memastikan pandangan dan pendirian serta kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diketengah dan dipertahankan selaras dengan dasar luar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Malaysia antara negara terbesar menyumbang bilangan anggota kepada misi pengaman PBB. - Gambar fail/ Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Malaysia sudah salur RM44.7 juta, 5,000 tan bantuan kepada Palestin
Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin, termasuk di pentas-pentas antarabangsa seperti UNGA dan OIC.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Hubungan dua hala Malaysia-Uganda terus diperkukuh
Isu dua hala antara Malaysia dan Uganda terus diperkukuhkan termasuk meneroka bidang lain yang mampu memperhebat hubungan kedua-dua negara.
BRICS: Kementerian Luar pastikan kepentingan negara terjaga, terpelihara
BRICS mengamalkan dasar tidak mempengaruhi dan mencampuri hal-hal dalaman negara-negara anggotanya.
Malaysia akan terus suarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu di lautan tersebut dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.
Malaysia-Jepun komited perkukuh perkongsian strategik komprehensif
Malaysia dan Jepun menggariskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Pengukuhan komuniti ASEAN ke arah rantau berdaya tahan - Mohamad Alamin
Pengukuhan komuniti ASEAN adalah penting kearah pembentukan rantau yang berdaya tahan dan kesalinghubungan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Pemerdagangan manusia: 90 peratus bukan mangsa sebaliknya terlibat jenayah penipuan di luar negara
Kira-Kira 90 peratus rakyat Malaysia yang dikatakan menjadi mangsa pemerdagangan manusia didapati bukanlah mangsa sebenar sebaliknya terlibat dalam sindiket jenayah penipuan di luar negara.
Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.