Malaysia bercadang untuk mengenakan cukai karbon ke atas pelaburan yang berkaitan dengan kelestarian pada masa hadapan, dalam usahanya bagi menangani perubahan iklim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Zaini Ujang.
Menurut Bank Dunia, cukai karbon secara langsung menetapkan harga pada karbon dengan menentukan kadar cukai ke atas pelepasan gas rumah hijau atau terhadap kandungan karbon dalam bahan api fosil.
Zaini, bagaimanapun, tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai cadangan tersebut.
Katanya lagi, bagi menguruskan risiko perubahan iklim, Akta Perubahan Iklim yang baharu juga mungkin akan digubal dalam masa terdekat, bergantung kepada pemahaman penggubal dasar dan permintaan daripada rakyat secara umumnya.
"Kita mungkin menggunakan undang-undang sedia ada, seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, bersama-sama dengannya (Akta Perubahan Iklim yang baharu)," katanya pada Sidang Kemuncak Kelestarian Bumi Yang Lebih Sejuk 2020 di sini hari ini.
Semasa sesi bertajuk "Adakah Anda Bersedia? Peraturan-Peraturan Yang Sukar, Tetapi dengan Insentif", Zaini mendedahkan kerajaan sedang menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bagi meliputi perubahan iklim, kelestarian serta mandat pengurusan dan pelaporan gas rumah hijau.
"Buat masa ini, kita sedang merancang untuk mengkaji keperluan perundangan perubahan iklim.
"Jika kita memerlukannya, kita akan merangka peraturan berkaitan," katanya, sambil menambah bahawa ia akan merangkumi pelaporan sektor swasta dan instrumen ekonomi, mencontohi apa yang telah dilakukan di New Zealand, negara pertama di dunia yang menuntut pelaporan risiko iklim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Zaini mendedahkan kerajaan sedang menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bagi meliputi perubahan iklim, kelestarian serta mandat pengurusan dan pelaporan gas rumah hijau.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pembangkang persoal 'keikhlasan' kerajaan laksana komitmen COP26
Bee Yin dan Kian Ming gesa kerajaan segera meluluskan Akta Perubahan Iklim sebagai bukti melaksanakan komitmen yang dibuat di Glasgow.

Kerangka undang-undang perubahan iklim dijangka siap awal 2022
Kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim dijangka siap awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman.

Malaysia bercadang kenakan cukai karbon ke atas pelaburan berkaitan kelestarian
Malaysia bercadang untuk mengenakan cukai karbon ke atas pelaburan yang berkaitan dengan kelestarian pada masa hadapan, dalam usahanya bagi menangani perubahan iklim.