KUALA LUMPUR: Kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim dijangka siap awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman.
Beliau menjelaskan kerangka undang-undang berkenaan yang masih dalam fasa awal itu bakal dijadikan asas kepada pembangunan Akta Perubahan Iklim di negara ini.
"Ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen setelah setiap proses penggubalannya dilaksanakan mengikut proses perundangan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
September lepas, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata kementerian itu sedang merangka peraturan serta akta bagi mengawal perubahan iklim dan pemanasan global yang melanda negara.
Menurut Tuan Ibrahim tindakan itu diambil memandangkan Malaysia belum mempunyai akta seperti itu dan beberapa mekanisme dirancang untuk melaksanakannya.
Sementara itu, ketika bangun mencelah sesi penggulungan Mansor, Yeo Bee Yin (PH-Bakri) bertanya mengenai rancangan kerajaan dalam memastikan sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon pada 2050.
Mansor dalam jawapannya berkata Kementerian Alam Sekitar dan Air sentiasa berkerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat terutama agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi untuk merangka hala tuju sasaran itu.
"Target (Sasaran) ditetapkan itu menunjukkan yang kerajaan memang komited (untuk mencapai matlamat itu) walaupun Malaysia bukan anggota negara NDC (Sumbangan Nasional Ditetapkan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KASA sudah siapkan kerangka undang-undang perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Ia akan menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim negara.

Kerangka undang-undang perubahan iklim dijangka siap awal 2022
Kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim dijangka siap awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman.